Header Ads

Niat Untuk Memberikan Makanan Kepada Haiwan Liar, Tetapi Dimarahi Seorang Lelaki - Wanita Ini Kongsi Rakaman Pengalamannya Menjadi Kemarahan Lelaki Tua

Sekiranya anda seorang yang amat menyayangi haiwan pastinya apabila anda menjumpai haiwan yang terbiar seperti kucing dan sebagainya yang comel tentunya anda ingin mendekati mereka.

Mungkin binatang terbiar itu kemalangan atau sakit dan sedang berkeliaran mencari makanan pasti seseorang itu ingin menolong mereka dengan memberi makan atau cuba untuk merawati binatang berkenaan.

Tindakan sedemikian adalah langsung tidak menyalahi undang-undang dan mana-mana agama. Malah, boleh dikatakan kesemua agama di dunia amat menuntut kita untuk berbuat baik kepada sesama manusia, binatang dan apa saja ke arah kebaikan.

Namun, tidak semua orang menyukai tindakan anda dan mungkin ada juga yang amat membenci sekiranya anda berbuat baik kepada manusia dan juga binatang.


Inilah yang telah berlaku kepada seorang wanita yang amat mencintai haiwan yang bertindak untuk memberi makan kepada beberapa ekor anjing liar yang terbiar di satu kawasan di Ipoh, Perak.

Malangnya apabila wanita terbabit cuba memberikan makanan kepada anjing tersebut, seorang pakcik dan diikuti anaknya telah memarahi tindakan wanita terbabit.

Perkongsian daripada Wong melalui facebook beliau.

Hari ini saya telah memberikan makanan kepada beberapa anjing liar di kawasan tempat makan. Secara tiba-tiba seorang pakcik telah datang dan memarahi saya kerana saya berikan makanan kepada anjing itu.

Dia memberi amaran dan mengatakan sekiranya saya datang lagi ke sini dan berikan makanan kepada anjing-anjing terbabit, dia akan memukul saya. Sekiranya saya seorang lelaki dia telah pun memukul saya. Sebenarnya saya tidak memberikan anjing itu amkan di hadapan kedainya tetapi di tepi jalan.

Apa yang mengecewakan, anak kepada lelaki tersebut juga menyokong tindakan ayahnya itu dengan memarahi saya dengan tuduhan bahawa saya sengaja memberikan binatang-binatang itu makanan di depan kedai mereka.

Sebaliknya di tepi jalan disaksikan oleh beberapa pekerja-pekerja yang berkerja di kedai itu.

Saya memberi mereka makanan menggunakan makanan saya dan pinggan yang saya bawa sendiri bukannya menggunakan milik mereka dan saya tidak menganggu mereka.


Ekoran perkongsian wanita ini, rata-rata netizen telah menasihatkan beliau berhati-hati dan membawa seseorang menemaninya ketika beliau ingin ke tempat itu lagi. Tindakan lelaki berkenaan telah menjadi kemarahan netizen serta mengecam dan melabelkan lelaki terbabit tidak berperikemanusiaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.