Header Ads

Pasangan Kembar Berkahwin Sesama Sendiri Tanpa Tahu Mereka Adalah Adik Beradik


MISSISSIPPI - AMERIKA SYARIKAT. Mengejutkan apabila sepasang suami isteri menyedari mereka adalah pasangan kembar yang memiliki persamaan yang ketara setelah menjalani rawatan di klinik IVF untuk mendapatkan zuriat.

Pasangan yang tidak mendedahkan identiti mereka itu telah dimaklumkan oleh doktor yang memberikan rawatan kepada kedua pasangan itu bahawa mereka adalah kembar biologi berdasarkan ujian DNA.

Pasangan kembar itu dikatakan telah terpisah semenjak kecil setelah ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Mereka telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing tanpa mengenali antara satu sama lain.

Memetik laporan Mississippi Herald, selepas doktor menjelaskan diantara mereka mempunyai pertalian adik-beradik, mereka cuba mengingat semula sejarah hidup masing-masing dari kecil sehingga kini.

Mereka menyedari tentang kematian kedua ibu bapa mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya serta diserahkan kepada keluarga angkat yang berlainan, malahan keluarga angkat mereka itu tidak mengetahui bahawa diantara mereka mempunyai adik beradik yang lain.

Gambar Sekadar Hiasan
Mereka bertemu semasa majlis reunion kolej lalu tertarik dan terpikat antara satu sama lain kerana mempunyai persamaan dan keserasian sehingga jatuh cinta yang berakhir dengan perkahwinan. Perkahwinan diantara adik-beradik adalah diharamkan di sisi undang-undang di Mississippi.

Menurut doktor yang juga tidak didedahkan identitinya memberitahu sekiranya mereka tahu akan kebenaran diantara mereka, pastinya mereka tidak berdepan dengan situasi sukar sebegini.

Pada pendapat doktor terbabit, kes ini adalah sangat luar biasa kerana tugasnya hanyalah untuk membantu pasangan terbabit bagi mendapatkan zuriat. Kes ini juga adalah kes yang pertama sepanjang kerjayanya sebagai seorang doktor.

Pasangan itu dikatakan tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan memandangkan mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka adalah adik beradik kandung.

Menurut laporan akhbar tersebut, sekiranya ada pasangan adik beradik yang berkahwin di Mississippi, mereka boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dengan denda AS$500 (RM2,197) dan perkahwinan itu juga adalah salah.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.