Header Ads

Pelajar Kolej Swasta Temui Penyangkut Baju Berkamera Tersembunyi Di Dalam Tandas Perempuan


SEREMBAN - Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta di bandar ini telah menemui sejenis penyangkut baju yang mengandungi dua jenis kamera tersembunyi bersama satu memori kad yang mempunyai dua video di dalamnya di dalam tandas perempuan di kolej terbabit.

Kes dan gambar-gambar kejadian ini telah dimuat naik oleh seorang individu di media sosial Facebook dan menjadi tular sehingga menarik perhatian netizen yang mempersoalkan bagaimana kewujudan kamera tersembunyi tersebut tidak disedari oleh pengguna tandas kolej berkenaan.

Menurut sumber, pelajar terbabit adalah pelajar perempuan berketurunan India yang menemui objek penyangkut baju yang berwarna putih itu di dalam tandas ketika ingin membuang air kecil.





Ekoran kejadian yang berlaku pada hari Rabu jam 12 tengahari itu, pelajar terbabit terus melaporkan kepada pihak kolej bagi membuat siasatan terperinci.

Menerusi pihak IT kolej terbabit, mereka mendapati di dalam objek tersebut mempunyai memori kad yang mengandungi dua rakaman video yang dikatakan bukan rakaman video yang tidak senonoh.

Seorang wakil dari pihak kolej terbabit iaitu Ketua Operasi dan Pentadbiran Kolej dengan segera melaporkan kes kejadian ini kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.