Header Ads

Pemain Bola Sepak Terkenal Skuad Kebangsaan Panama Terbunuh Ditembak Secara Rambang

PANAMA CITY - Seorang pemain bola sepak kebangsaan Panama yang amat dikenali, Amilcar Henriquez, maut setelah dibunuh dengan satu tembakan rambang pada hari Sabtu.

Laporan dari Mstar Online menyatakan Henriquez dan rakannya telah ditembak secara rambang oleh seorang yang tidak dikenali ketika berada di Sabanitas, di pinggir bandar Colon.

Amilcar Henriquez - Foto Mirror.co.uk
Akibat tembakan rambang itu, pemain bola yang berumur 33 tahun itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke sebuah klinik sebelum dikatakan telah meninggal dunia.

Presiden Juan Carlos Varela menerusi laman Twitternya memuat naik status dengan menjelaskan bahawa kami mengkritik pembunuhan Amilcar Henriquez, katanya.

Berita kematian Henriquez menyebabkan Persekutuan Bola Sepak Panama turut berkongsi kesedihan dengan menyampaikan kata-kata berikut, 'Tuhan berkati anda Mickey'.

Amilcar Henriquez adalah pemain bola sepak kelab Liga Arab Bersatu di Colon. Penampilan terakhirnya dikatakan sewaktu bertemu dengan Chorrillo dalam aksi Liga Bola Sepak Panama pada hari Rabu yang lalu.

Henriquez juga pernah mewakilli  kelab Colombo Independiente de Medellin (2012-2014), America de Cali (2015-2016), Real Cartagena (2015), Atletico Huila (2009-2012) dan Costa Rica’s Santacrucena (2008).

Foto Independent.co.uk
Beliau merupakan di antara pemain yang paling berpengalaman di dalam skuad kebangsaan Panama.

Kes pembunuhannya dikatakan bukanlah kes yang pertama pernah berlaku yang mengaitkan dengan pemain bola sepak.

Pada tahun 2011, satu kes pembunuhan yang membabitkan pemain bola iaitu penjaga gol Plaza Amador iaitu Eric Luna telah ditembak mati ketika berada di hadapan rumahnya.

Satu lagi kes pembunuhan yang turut berlaku pada tahun yang sama membabitkan Abdul Chiari yang juga telah ditembak mati semasa mahu menjalani latihan bola sepak.

Manakala, seorang lagi pemain yang dikenali sebagai Javier de la Rosa, pemain Chorrillo turut terbunuh setelah ditembak ketika berada di luar stadium sebelum sempat beraksi bersama-sama rakan-rakannya pasukan bola sepaknya.

No comments

Powered by Blogger.