Header Ads

Pemandu Lori Miliki 54 Orang Anak Dan Mendakwa Mengadakan Hubungan Intim Setiap Hari Semenjak Muda

Islamabad, Pakistan - Seorang pemandu lori yang berusia 70 tahun mendakwa dia kini mempunyai 54 orang anak hasil daripada enam perkahwinannya semenjak dia muda dan terpaksa melakukan hubungan seks hampir setiap hari.

Lelaki dan juga bapa luar biasa itu dikenali sebagai Abdul Majeed Mengal daripada Nushki, Quetta, di barat Pakistan berkata, daripada 54 orang anaknya itu, 12 orang telah pun meninggal dunia dan kini yang tinggal hanyalah 22 orang anak lelakinya dan 20 orang anak perempuan.

Katanya, ketika muda iaitu diawal perkahwinannya dia mempunyai kekuatan dan kesihatan yang baik sehingga mengadakan hubungan intim setiap hari.


Menurut Abdul Majeed lagi, dia berusaha dan bekerja keras untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak lelakinya yang lebih tua. Tetapi kini dia sudah tua dan tidak lagi mampu untuk melakukan kerja seperti satu masa dahulu.

Dia juga memberitahu bahawa dia mengahwini isteri yang pertamanya ketika berusia 18 tahun dan sejak itu memperisterikan lima wanita lain. Dua isterinya juga telah pun meninggal dunia.

Dia mendakwa anak-anaknya yang telah meninggal dunia seramai 12 orang itu adalah disebabkan tidak cukup susu dan dia tidak mempunyai wang malah tiada daya untuk berkerja ketika itu.

Sepanjang kehidupan Abdul Majeed dia berkerja sebagai pemandu lori dan juga beberapa kerja lain yang ada. Kini, anak sulungnya pula, Abdul Bari Mengal, 32, turut berkerja sebagai pemandu lori bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Keluarga besar yang luar biasa ini tinggal di sebuah rumah yang mempunyai tujuh bilik dengan setiap anak-anaknya tidur berasingan bersama ibu-ibu masing-masing. Mereka adalah keluarga yang bersefahaman dan hidup penuh harmoni hasil daripada ketegasan Abdul Majeed sendiri.

Ketika waktu makan biasanya dia sekeluarga akan memakan sayur-sayuran, kacang dal dan juga nasi. Walau bagaimanapun sekiranya ada majlis-majlis tertentu atau sambutan Hari Raya, beliau membeli tiga ekor kambing untuk meraikan mereka sekeluarga.

Tentang pakaian pula, dia membeli 4 sehingga 5 gulung kain untuk dijadikan pakaian anak-anaknya secara sekaligus untuk mereka semua.




Abdul Majeed juga memaklumkan bahawa sepuluh orang daripada kesemua anak-anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayainya.

Namun, dia tetap berkerja keras dan berusaha untuk memastikan sebahagian besar anak-anaknya untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Anak-anaknya yang tua sedang berusaha mencari perkerjaan dan mereka juga dikatakan telah habis belajar, sehingga kini masih belum mempunyai perkerjaan.

Abdul Majed juga menyatakan kekesalannya kerana telah menyediakan pendidikan yang baik untuk anak-anaknya tetapi semua itu seolah tidak berguna kerana mereka masih belum mendapat sebarang perkerjaan dan dia berdoa agar mereka boleh berkerja.

Abdul Majeed juga dipercayai enggan memohon sebarang bantuan kewangan walaupun dirinya semakin tua dan dia berkata dia juga tidak pasti bagaimana dia boleh menguruskan kehidupan bersama anak-anaknya.

Memetik laporan Daily Mail, mengikut anggaran, penduduk Pakistan sehingga kini mempunyai seramai 194,900,000 dan juga dikatakan salah satu negara yang mempunyai kadar kelahiran yang tertinggi di Asia Selatan. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.