Header Ads

Pemandu Lori Rakam Video Wanita Sedang Buang Air Dalam Tandas Akhirnya Ditangkap


Bahau - Sungguh memalukan apabila seorang lelaki ditangkap kerana sedang merakamkan video seorang wanita yang ingin melepaskan hajat di dalam tandas wanita di sebuah pasar raya terkenal di Bahau, tengah hari tadi, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian pada jam 12.45 tengah hari itu, wanita terbabit mendapati ada seseorang sedang cuba membuat rakaman video di bahagian bawah tandas berdasarkan pantulan cahaya flash kamera suspek terbabit.

Mangsa yang terkejut dan merasa curiga dengan keadaan itu menjadi berang serta mengetuk pintu tandas berkenaan, namun tiada tindak balas yang diterima.

Lalu, mangsa menendang pintu tandas berkenaan sehingga terbuka dan kelihatan seorang lelaki yang berada di dalamnya sambil memegang telefon bimbit, jelas Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor yang mengesahkan laporan ini.

Noorzainy berkata, tanpa berlengah mangsa terus merampas telefon milik lelaki terbabit lalu meluru keluar sambil menjerit meminta pertolongan. Suspek yang panik kemudiannya ditangkap oleh orang ramai yang berada di situ sebelum diserahkan kepada polis.

"Suspek yang berusia 33 tahun itu merupakan seorang pemandu lori setelah diperiksa dia dikatakan positif dadah jenis Methapitamine.

"Suspek juga didapati telah berkahwin dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / 511 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sementara itu, insiden ini turut menjadi tular di laman Facebook yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook.

No comments

Powered by Blogger.