Header Ads

Pendedahan Saintis Harvard Berkaitan Kesan & Akibat Menonton Bahan Lucah Akan Mengejutkan Orang Ramai


Antara impak yang terbesar ketika ini dalam dunia media sosial adalah kemudahan mengakses bahan-bahan lucah dengan meluas yang melibatkan berbagai golongan secara terbuka.

Seorang pakar psikiatry dari fakulti perubatan Harvard, Kevin Majeres, menjelaskan sekiranya kekerapan pendedahan terhadap bahan-bahan lucah atau porno mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan seseorang dan bagaimana perkara ini boleh meninggalkan kesan buruk kepada sistem otak.


Hilang Keinginan dan Kemahuan Seksual

Penjelasan dari pakar psikiatry tersebut bahawa dari sudut logik dengan menggunakan teori tikus supaya anda memikirkan semula sebelum mahu menonton filem sebegitu.

Jelasnya lagi, para saintis telah mendapati bahawa sekiranya seekor tikus jantan diletakkan di dalam sangkar bersama-sama seekor tikus betina, mereka akan mengawan, tetapi setelah itu, tikus jantan berkenaan tidak akan mengawan buat kali kedua bersama tikus betina yang sama kerana dia telah kehilangan kemahuan seksual.

Tetapi, sekiranya dimasukkan tikus betina yang kedua, tikus jantan tadi akan kembali mengawan semula, begitu juga seterusnya sehinggalah tikus jantan itu mati. Kesan ini ditemui hampir di kebanyakan kajian ke atas haiwan yang dipanggil Coolidge Effect.

Antara salah satu kelemahan yang dapat dilihat adalah seseorang yang menyukai porno tidak dapat membezakan di antara imej dan realiti. Ia boleh membangkitkan nafsu lelaki apabila melihat wanita walaupun hanya melalui skrin komputer, katanya.


Ketagihan Yang Melampau

Menonton bahan-bahan lucah boleh diibaratkan seperti mana ketagihan dadah. Apabila anda menonton sesuatu yang memberahikan dan membangkitkan nafsu, otak akan mengeluarkan hormon dopamine dan terus berkata, “Go for it! Do whatever it takes!”. Hormon ini akan mengalihkan perhatian anda kepada perkara yang diingini, lalu otak pun pastinya akan bertindak dengan cepat.

Jadi, ketika melihat gambar-gambar lucah, sifat ketagihan itu akan selalu berlaku dan mengakibatkan seseorang itu ingin menonton atau melihatnya lagi dan lagi. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, keinginan seksual akan semakin tinggi dan anda akan selalu memerlukan bahan pornografi untuk merangsangkan kemahuan seksual berkenaan.


Kehidupan seseorang itu akan selalu dibayangi dengan bahan-bahan lucah kerana ketagihan yang melampau di atas sebab untuk memuaskan kehendak nafsu atau keinginan seksual dirinya sendiri.

Mungkin tidak ada apa-apa impak yang jelas dan nyata dari sudut sains dengan kesan-kesan sampingan menonton video lucah, namun melalui kajian yang telah dilakukan, pornografi boleh menyebabkan seseorang itu akan mengalami ketagihan yang melampau dan akhirnya akan memberikan kesan yang bahaya kepada hubungan bersama pasangan.

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.