Header Ads

Penerima BR1M Telah Diberikan Dekoder MYTV TV Digital Secara Percuma

KUANTAN - Seramai 51,407 penerima BR1M di empat daerah di negeri Pahang telah menerima dekoder secara percuma untuk siaran televisyen digital melalui projek Pendigitalan Penyiaran Nasional yang dikendalikan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, lapor Berita Harian.

Menurut kata, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin, bahawa seramai 21,132 penerima di Kuantan; Temerloh (13,252), Pekan (10,370) dan Bentong (6,636).

Foto MYTV Broadcasting
Katanya, unit dekoder yang diberikan secara percuma ini turut diedarkan ke beberapa daerah lain di Pahang seperti Bera, Cameron Highlands, Jerantut, Lipis, Maran dan Rompin sepanjang tahun ini apabila stesen pemancar masing-masing memulakan operasinya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor) yang ingin tahu perkembangan projek Pendigitalan Penyiaran Nasional di Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, Shahaniza berkata, Pahang akan mempunyai enam stesen pemancar TV Digital dan hingga setakat ini empat daripadanya telah pun beroperasi. Stesen pemancar yang berada di Kuantan terletak di Bukit Pelindung manakala stesen pemancar Gunung Ulu Kali, Genting Highlands bagi daerah Temerloh dan Bentong, katanya lagi,

Stesen pemancar di Bukit Senggora, Maran untuk liputan di daerah itu, Sri Jaya, Chenor, Chini, Pekan manakala stesen di Bukit Sembilan, Rompin untuk kawasan Bukit Ibam, Muadzam Shah, Bandar Tun Razak dan Nenasi.

Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku badan yang mengawal selia projek itu sedang dalam proses akhir untuk membuat penetapan tarikh pelancaran rasmi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, jelasnya lagi.

No comments

Powered by Blogger.