Header Ads

Pengakuan Raja Bomoh Bertaubat Dan Memohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia, Mendakwa Tindakannya Itu Diarahkan Oleh Seorang Individu

Kuala Lumpur - Raja bomoh atau dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin tekah pun membuat satu pengakuan bersalah serta bertaubat di atas beberapa amalan ritual yang telah dilakukannya sebelum ini, lapor Harian Metro.

Raja Bomoh mengaku berbohong di atas tindakannya itu - Foto Berita Harian
Melalui pengakuan terbuka itu, belia memohon maaf kepada semua masyarakat yang beragama Islam serta yang bukan Islam di Malaysia serta semua pihak di seluruh dunia berkaitan dengan tindakannya itu menggunakan teropong yang kononnya dapat membantu menyelesaikan beberapa isu besar dan kejadian yang telah berlaku di Malaysia termasuk satu kes kematian abang kepada pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Nam.

Beliau juga turut membuat pendedahan bahawa tindakannya itu adalah satu pembohongan di atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan identitinya.

Ibrahim Mat Zin, 66, turut mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Mahkamah Syariah juga turut memerintah Raja bomoh tersebut untuk berkelakuan baik bagi tempoh enam bulan dengan bon jaminan oleh dua penjamin.

Difahamkan, Ibrahim juga akan diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 560).

Permohonan maaf itu telah disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh; dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar. Malah ianya turut mendapat liputan meluas media cetak dan eletronik serta dapat disaksikan melalui berita televisyen di Malaysia. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.