Header Ads

Polis Kini Saman Basikal 'Jempol' Yang Telah Diubah Suai RM300


JOHOR BAHRU -Seramai 13 remaja dipercayai di bawah umur yang berusia kira-kira 11 hingga 15 tahun telah ditahan oleh pihak polis kerana dikatakan telah mengubah suai 15 basikal 'Jempol' yang turut disita polis, lapor Sinar Harian.

Mereka dipercayai telah menunggang basikal dalam keadaan yang berbahaya di Jalan Denai, Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram, dekat sini, semalam.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superitendan M. Kumar, beberapa tangkapan dan rampasan terhadap remaja berbasikal itu telah dibuat sebelum ini. Tetapi kegiatan ini masih lagi berlaku, malah polis juga telah memberi nasihat serta teguran kepada mereka berhubung aktiviti yang sangat memberhaya ini.

Kumpulan berbasikal 'Jempol' ini dikatakan masih lagi melakukan aktiviti ini dan juga degil biarpun sebelum ini telah berlaku insiden yang mengakibat kematian lapan nyawa di Lingkaran Dalam.






Menerusi tangkapan dan rampasan itu polis mendapati salah seorang daripada mereka tidak bersekolah dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Pelangi Indah untuk memberi keterangan dan siasatan.

Walau bagaimanapun, mereka semua kemudiannya dibebaskan dan diserahkan semu;a kepada ibu bapa serta ahli keluarga selepas siasatan dilakukan, katanya. - Koleksi Viral

Sumber

No comments

Powered by Blogger.