Header Ads

Raja Bomoh Ditahan Polis Ketika Berada Di Sebuah Hotel Di Bandar Segamat Johor


Kuala Lumpur - Raja bomoh yang dikenali ramai di Malaysia iaitu Ibrahim Mat Zin telah ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel di Segamat, Johor, lapor Harian Metro.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, melalui satu sumber raja bomoh terbabit yang mencetuskan kontroversi itu telah ditahan pada jam 2.30 semalam.

Raja bomoh terbabit yang telah beberapa kali menjadi perhatian orang ramai kerana sering melakukan ritual pelik termasuk pada 13 Mac lalu apabila dia melakukan ritual tersebut di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur yang kononnya untuk 'memagar' negara Malaysia daripada diserang oleh negara asing khususnya Korea Utara.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha meminta serta menasihati orang ramai agar tidak begitu cepat terpengaruh dengan sebarang ritual yang telaj dilakukan oleh Ibrahim kerana ianya dipercayai telah bercanggah dengan ajaran agama Islam, katanya.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan bahawa Ibrahim menjadi buruan pihak berkuasa kerana perbuatannya itu disifatkan sebagai telah mencemar dan merosakan imej Islam

imbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

No comments

Powered by Blogger.