Header Ads

Rakaman Video Empat Wanita Bertudung Meragut Rantai Leher Seorang Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun


KOTA BHARU - Empat orang wanita yang memakai tudung dipercayai telah meragut rantai seorang kanak-kanak yang berusia empat tahun di dalam sebuah pasar raya di sini semalam.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10 pagi itu, suspek dikatakan telah mengepung mangsa terlebih dahulu sebelum salah seorang daripada empat wanita terbabit bertindak meragut dan melarikan rantai emas kanak-kanak tersebut tanpa disebari.

Walau bagaimanapun, tindakan wanita-wanita yang tidak bertanggungjawab itu akhirnya terbongkar apabila perbuatan mereka dapat dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan selepas ibu bapa mangsa melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.

Rakaman video yang membuktikan salah seorang daripada empat wanita bertudung itu meragut rantai leher kanak-kanak berkenaan.



Menurut kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, semasa kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi itu, mangsa bersama kedua ibu bapanya berada di tingkat dua di pasar raya berkenaan.

Ketika itu, kanak-kanak berkenaan keseorangan berdekatan dengan ibu bapanya sebelum didatangi empat suspek terbabit.

Selepas mangsa diragut dia kelihatan menangis serta mengadu kepada ibu bapanya bahawa rantai lehernya telah dirampas oleh salah seorang daripada ke empat suspek berkenaan, katanya kepada akhbar Utusan Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.