Header Ads

Rakaman Video Pasangan Kurang Ajar Berebut Tempat Makan Memaki Dan Menolak Lelaki Tua Jadi Tular Cetus Kemarahan Netizen


Semenjak kecil kita telah diberi pendidikan oleh ibu bapa untuk menghormati sesiapa sahaja yang lebih berumur dari diri kita, tetapi pada zaman ini, sesetengah remaja dan orang muda dibesarkan tanpa diberikan didikan yang sempurna sehingga hilangnya adab dan sopan yang menjadi amalan orang Melayu.

Ekoran ketiadaan didikan itulah golongan muda pada hari ini seolah-olah tidak mempunya rasa belas kasihan serta sensitif terhadap orang sekeliling lebih-lebih lagi warga emas. Ada dikalangan mereka sanggup mencaci dan memaki orang tua tanpa memikirkan rasa hormat mereka terhadap orang yang lebih tua dari mereka.

Baru-baru ini, satu kejadian yang berlaku berkaitan dengan sepasang anak muda yang didapati telah memarahi dan memaki seorang warga tua sehinggakan rakaman berkenaan jadi tular serta mendapat perhatian netizen.

Rakaman yang berdurasi 1 minit 17 saat itu dimuat naik oleh laman sosial Thelocalsociety yang memaparkan seorang perempuan kelihatan seperti bertengkar berebut tempat makan dengan seorang warga emas di sebuah pusat penjaja yang dikatakan di Singapura.

Menurut saksi kejadian yang ketika itu berada di situ, lelaki terbabit hanya bertanyakan tentang tempat duduk berkenaan di kedai makan terbabit dengan penuh sopan dan beradab.

Namun sebaliknya berlaku apabila wanita berkenaan membalas pertanyaan lelaki tua tersebut dengan kata-kata kesat serta turut menghalau warga emas berkenaan supaya mencari tempat duduk yang lain memandangkan dia ingin duduk di situ.

Secara tiba-tiba seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki wanita tersebut muncul dengan terus menolak badan warga emas itu tanpa belas kasihan. Walau bagaimanapun, difahamkan lelaki itu beranggapan warga emas itu cuba untuk mengacau teman wanitanya sehinggakan dia bertindak sedemikian.


Rakaman video berkenaan telah mendapat perhatian netizen serta jadi tular dengan cepat sekali apabila rata-rata netizen mengecam akan tindakan golongan muda berkenaan yang disifatkan sangat kurang ajar sedangkan perkara itu boleh dibawa berbincang sekiranya ada rasa hormat terhadap orang tua di dalam diri mereka.

Ada beberapa netizen berpendapat, bagaimana pula sekiranya ibu bapa mereka pula yang dikasari seperti itu? Apakah yang akan mereka lakukan? Pastinya menimbulkan kemarahan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.