Header Ads

Rakaman Video Pelajar Sekolah Jadi Samseng Sertai Kongsi Gelap Geng 24 Ditahan Polis


KLANG - Seramai 13 orang pelajar telah ditahan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana dipercayai telah menyertai satu kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 24.

Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, pelajar-pelajar berkenaan adalah murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa.

Difahamkan, selain pelajar-pelajar itu, turut ditahan bersama mereka ialah lima dari yang lain yang dipercayai turut menyertai kumpulan kongsi gelap terbabit.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menjelaskan perkara berkaitan ini melalui akaun Twitternya pada pagi tadi.

Satu rakaman video yang berdurasi 45 saat itu telah menunjukkan kumpulan tersebut telah melakukan kekecohan apabila membakar mercun sambil memegang kain rentang seperti sepanduk yang tertulis nombor 24 yang melambangkan nama kongsi gelap berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.