Header Ads

Rakaman Video Seorang Dukun Terkenal Maut Tertikam Dada Sendiri


Thailand - Seorang lelaki dipercayai adalah seorang dukun yang terkenal di negeri ini telah maut akibat tertikam jantungnya sendiri ketika sedang membuat satu persembahan kesenian.

Lelaki terbabit Theprit Pale yang dikatakan seorang dukun terkenal dan sangat handal di wilayah Chieng Mai, Thailand meninggal dunia apabila tertikam dadanya sehingga tikaman berkenaan terkena pada jantungnya.

Melalui rakaman video yang berdurasi 34 saat itu memaparkan mangsa menikam dadanya dengan sebilah pedang sebelum dilihat dengan segera mencabut pedang tersebut serta kemudiannya beredar dari tempat kejadian untuk meminta pertolongan.

Rakaman video persembahan dukun ini telah tersebar dan menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang tidak sepatutnya dilakukan.

Sumber: Mstar

No comments

Powered by Blogger.