Header Ads

Rakaman Video Seorang Pengasuh Taska Mencampak Dan Menghempas Kanak-Kanak Jadi Tular Di Media Sosial


KUALA LUMPUR - Satu rakaman video yang menunjukkan seorang pengasuh taska bertindak kejam apabila mencampak dan menghempaskan kanak-kanak yang dijaganya jadi tular di media sosial.

Rakaman video berkenaan yang dimuatnaikkan ke laman sosial oleh Ziera Shammudin yang berdurasi selama 1 minit 49 saat itu telah dilihat oleh orang ramai lebih daripada 200, 000 kali yang membuktikan kes ini mendapat perhatian netizen.

Menerusi rakaman terbabit kelihatan seorang pengasuh mendukung seorang bayi yang masih kecil sebelum mencampakkan bayi berkenaan ke atas tilam yang menyebabkan bayi berkenaan menangis seolah menahan kesakitan.

Pengasuh terbabit kelihatan menolak kepala dan mengangkat kedua tangan bayi tersebut dengan cara yang tidak sepatutnya dilakukan dan kemudiannya meletakkan bayi terbabit bersama rakannya yang lain di satu ruangan taska itu.

Manakala, menerusi kejadian yang kedua pula, seorang kanak-kanak lelaki didapati dengan tidak sengaja membaling satu permainan yang menyebabkan terkena pengasuh terbabit sebelum wanita berkenaan jadi berang lalu membaling semula permainan itu serta mengangkat dan mencampakkan mangsa ke dalam bilik.

Seorang rakan sekerjanya yang berada di lokasi kejadian menyaksikan perbuatan wanita itu tanpa melarang atau mengambil tindakan di atas perbuatan pengasuh terbabit.



Sehubungan itu, ibu bapa yang menonton video berkenaan meminta semua para pengusaha taska wajib memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis mereka sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk pemantauan memandangkan semakin banyak kejadian sebegini berlaku.

Terdahulu, seorang ibu membuat pendedahan berkaitan dengan bayi perempuannya yang berusia 10 bulan telah mengalami pendarahan di dalam otak yang dipercayai terjatuh ketika dijaga oleh pengasuh di sebuah taska dan difahamkan pihak pengurusan taska terbabit masih mendiamkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab di atas kejadian itu. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.