Header Ads

Rakaman Video Tikus Sedang Berkeliaran Di Dapur Premis Restoran Terkenal Jadi Tular Cetus Kemarahan Netizen


Setiap restoran atau kedai makan wajib mementingkan kebersihan dari segi kawasan perniagaan sehinggalah kebersihan pekerja dan juga keseluruhannya.

Adalah menjadi satu kebencian pelanggan apabila premis perniagaan dicemari dengan kekotoran dan apabila kebersihan tidak dititikberatkan maka pelanggan pasti tiada lagi di masa depan.

Satu rakaman video yang kini sedang tular dan menjadi bualan netizen apabila rakaman berkenaan memaparkan satu premis perniagaan yang terkenal mempunyai seekor tikus sedang berkeliaran ketika restoran berkenaan sedang beroperasi.

Rakaman video yang berdurasi selama satu minit 22 saat itu dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Timothy Lim yang mendakwa antara 7 hingga 8 ekor tikus sedang berkeliaran ketika rakaman ini dibuat di premis perniagaan tersebut.

Menerusi rakaman terbabit, tikus tersebut seolah-olah berada di rumahnya sendiri kerana bebas bergerak ke mana sahaja melalui bahagian dapur premis terbabit.

Melalui satu komen netizen berkata, cawangan berkenaan terletak di lokasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), walau bagaimanapun, tiada bukti sahih yang menyatakan lokasi tersebut adalah tepat dan benar.

Ada netizen berpendapat perkara ini menimbulkan stu kelucuan apabila berkata, "Oh inilah resepi rahsia mereka mengapa produk mereka sungguh sedap".

Berikutnya adalah rakaman yang dirakam memaparkan bagaimana tikus itu berkeliaran:


Sehingga kini, difahamkan, masih lagi tiada kenyataan rasmi daripada wakil pemilik restoran berkenaan bagi menyelesaikan masalah yang sedang tular ini. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.