Header Ads

Rakaman Video Wanita Makan Pisang Menggoda Dengan Ghairah Untuk Lariskan Produk Jadi Tular Mencetuskan Kemarahan Netizen


Dunia sekarang ramai para peniaga bertungkus lumus menciptakan dan memperbaharui produk-produk mereka untuk menarik perhatian pelanggan memandangkan saingan di dalam dunia perniagaan tersangat banyak pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, ada juga diantara peniaga yang terlupa dengan sentimen agama dek kerana keghairahan mencari kelainan untuk produk mereka tanpa memikirkan keterbukaan pelanggan untuk menerima sesuatu yang boleh dianggap keterlaluan.

Terkini, heboh di media sosial berkaitan dengan satu iklan yang dikatakan bertujuan untuk pengiklanan bagi melariskan jualan produk mereka telah dikecam hebat oleh netizen malah mereka beranggapan aksi wanita di dalam rakaman video berkenaan tidak senonoh dan keterlaluan kerana menggunakan elemen-elemen seks.

Melalui laman Facebook Kaki Share, rakaman video yang berdurasi 29 saat itu menyaksikan seorang wanita yang dipercayai seorang model sedang memakan pisang sebagai simbolik kepada produk seks yang diiklankan melalui rakaman terbabit.



Wanita itu juga dikatakan sebagai model pelaris bagi memasarkan produk khas untuk lelaki. Kelihatan juga beberapa aksi menggoda dan menghairahkan yang ingin disampaikan oleh wanita berkenaan kepada penonton.

Melalui rakaman video itu juga telah membangkitkan kemarahan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan perbuatan peniaga terbabit kerana memasuk elemen seks yang tidak sepatutnya dipaparkan di media sosial memandangkan berbagai golongan boleh melihatnya dengan mudah terutama kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat, adalah tidak menjadi satu kesalahan besar sekiranya ingin menjual barangan atau produk ubat kuat, namun cara penyampaian dan pengiklanan sebegini tidak sepatutnya dilakukan di media sosial kerana ramai yang beranggapan rakaman itu sangat melampau dan juga kotor.

Manakala, bagi pengusaha atau peniaga terbabit pastinya beranggapan model wanita itu tidak melakukan kesalahan kerana cuma memakan pisang dan tidak menunjukkan perbuatan ketara yang melibatkan seks dan menggoda. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.