Header Ads

Rambut Lelaki Cepat Mengalami Keguguran? Saintis Temui Cara Merawat Dengan Meminum Kopi


Tahukah anda kafein juga memberi manfaat kepada lelaki selain sering dikatakan kafein penyebab utama migrain. Seorang saintis Jerman memberitahu bahawa terlalu banyak manfaat daripada kafein untuk seseorang lelaki itu.

Melalui kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh saintis Jerman terbabit di kliniknya, dia mendapati minuman berwarna hitam itu mampu mencegah rambut seseorang lelaki daripada mengalami keguguran.

Dr Adolf Klenk, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dr Kurt Wolff, menjelaskan bahawa kajian berkenaan telah menunjukkan bukti bahawa apabila kafein dapat menembusi jauh ke dalam akar umbi rambut, ia akan dapat melindungi rambut tersebut daripada kesan negatif testosteron serta keguguran rambut secara pramatang.


Menurutnya lagi, mereka telah menciptakan sejenis syampu dari sari kafein yang telah menghasilkan tenaga yang diperlukan dalam fasa pertumbuhan rambut serta mampu memberikan tindak balas terhadap kesan testosteron yang mengakibatkan botak kepala.

Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa rawatan tersebut tidak begitu berkesan untuk tujuan pemulihan, tetapi ianya lebih kepada hal yang berkaitan dengan pencegahan.

Dia berkata, orang yang masih muda harus mendapatkan rawatan pencegahan ini apabila setelah mencapai usia baligh. Terutamanya kepada mereka yang mempunyai sejarah genetik, keadaan ini dapat dipastikan mengikut sejarah keadaan rambut sama ada bapa atau pun datuknya.


Dr Klenk juga menyatakan bahawa dengan meminum kopi tidak akan memberi kesan yang sama kerana dos kafein yang diperlukan untuk sampai ke umbi rambut adalah kira-kira 40 sehingga 50 cawan kopi dan ianya cepat terlarut serta dikumuhkan oleh tubuh badan manusia.

Baru-baru ini saintis ini berada di Kuala Lumpur kerana membentangkan hasil penyelidikan printisnya berkaitan dengan kesan kafein terhadap kehilangan dan keguguran rambut.

Dr Klenk dikatakan menjelajah hampir ke seluru dunia untuk berkongsi dengan semua orang tentang penemuan perkara tersebut.

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.