Header Ads

Remaja Perempuan Baharu Sebulan Berkahwin Dilaporkan Hilang Dan Gagal Dikesan Sehingga Kini


TANAH MERAH - Kehilangan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun yang dikatakan baru saja sebulan melangsungkan perkahwinannya kini menjadi tanya setelah gagal dikesan sejak 2 April lalu setelah tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Gading.

Remaja perempuan terbabit dikenali sebagai Nur Asyikin Sanusee yang tinggal bersama suaminya bersama mentuanya di Kampung Batu Gajah dipercayai keluar dari rumah berkenaan pada jam 9 pagi pada hari tersebut dengan berbasikal.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut ibu remaja berkenaan, Rohani Mat Ghani, 54, kali terakhir Nur Asyikin kelihatan duduk di sebuah wakaf di tepi jalan utama Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, setelah keluar dengan menaiki basikal.

Pada hari kejadian, suaminya tiada di rumah kerana dikatakan keluar berkerja di hospital, manakala mangsa tidak memberitahu mentuanya ke mana dia ingin pergi pada ketika itu.

Semenjak hari Nur Asyikin hilang, ibunya telah menghubungi mangsa melalui telefon bimbit, namun gagal kerana telefonnya telah dimatikan.

Ekoran kejadian tersebut dan kegagalan mengesan Nur Asyikin, ibunya telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanah Merah setelah 24 jam mangsa didapati hilang serta gagal dikesan.

Beberapa gambar milik Nur Asyikin Sanusee yang telah dimuat naik oleh kakak iparnya di media sosial, Adinda Qilla, bagi membantu pencariannya yang kini masih lagi belum dijumpai.



Menurut Rohani lagi, dia sekeluarga telah puas berusaha melakukan pencarian ke merata tempat, namun masih tidak berjumpa dan mengharapkan penemuan Nur Asyikin.

Difahamkan, ibu mangsa kerap kali mengalami tekanan perasaan apabila setiap kali teringat kepada anak kesayangannya itu hilang.

Sekiranya sesiapa yang telah melihat kelibat mangsa atau mengetahui tentang maklumat Nur Asyikin, diminta menghubungi Rohani di 013-9394781 atau melaporkan kepada balai polis berhampiran.

No comments

Powered by Blogger.