Header Ads

Saya Ingin Hafaz Al- Quran Kerana Ingin Membawa Mama Bersama Masuk Ke Syurga - Arwah Mohamad Thaqif Amin


KOTA TINGGI - Datuk kepada Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, menyifatkan kepergian arwah Thaqif adalah satu kehilangan yang amat memilukan kerana Allahyarham adalah seorang kanak-kanak yang disayangi dan disenangi semua orang ramai.

Datuk arwah Thaqif, Ahmad Motai, 66, berkata, arwah seorang pelajar yang mudah mempelajari sesuatu dalam pembelajarannya, malah, arwah juga merupakan seorang anak yang mendengar cakap serta amat taat dengan orang tua.

Kata datuknya lagi, kami tidak pernah memaksa arwah dan menyuruh arwah untuk sekolah di situ tetapi arwah dengan sendirinya dan dengan rela hati untuk meneruskan pembelajaran di madrasah tahfiz berkenaan.

Katanya, pada mulanya Mohamad Thaqif bersekolah di tahfiz di Johor kemudiannya dia memberitahu bahawa tidak dapat fokus sangat dalam pelajaran di situ sebelum bertukar ke madrasah terbabit.

Arwah meminta untuk duduk di asrama sebelum permohonan belajar di madrasah berkenaan diterima, katanya datuknya ketika ditemui oleh pihak media Sinar Harian ketika majlis pengkebumian cucunya itu di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, semalam.

Menurut kata datuk arwah, Allahyarham sememangnya begitu berminat dalam menghafal Al-Quran malah pernah menyatakan cita-citanya untuk membawa ibunya masuk ke syurga.

Apa yang saya tidak dapat lupakan apabila dia memberitahu dia ingin menghafal Al-Quran kerana ingin bawa ibunya bersama masuk ke syurga. Walau bagaimanapun, semuanya telah ditakdirkan seperti ini, perasaan memang sangat sedih kerana saya telah kehilangan seorang cucu yang amat disayangi semua orang, jelas datuk arwah lagi.

Selain itu, bapa saudara Allahyarham, Masariff Masduki, 42, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan orang ramai yang telah banyak membantu melancarkan majlis pengkebumian Mohamad Thaqif.

No comments

Powered by Blogger.