Header Ads

Sekiranya Suami Ingin Berkahwin Lagi Isteri Minta Cerai Ketahuilah Perbuatan Itu Dilaknat Allah SWT

Mungkin masih ramai lagi kaum wanita yang telah bersuami belum begitu memahami apakah itu poligami dan tidak kurang juga yang menentang sekeras-kerasnya sekiranya suami ingin berkahwin lagi walaupun terlebih daripada mampu untuk berkahwin.

Berbeza pula dengan satu perkongsian seorang wanita ini tentang isu poligami yang mana beliau mendengar satu kuliah agama dan menceritakan semula secara ringkas dengan mudah untuk difahami oleh para isteri-isteri di luar sana yang mungkin masih keliru dan tidak tahu apakah itu poligami.

suami berkahwin lagi

POLIGAMI

Assalamualaikum!

Saya ingin kongsikan sedikit isi kuliah agama yang saya pergi pagi tadi. Isu sensitif untuk kaum wanita iaitu mengenai poligami. Saya harap semua dapat terima dengan hati yang terbuka.

MINTA CERAI

Soalan pertama yang diutarakan adalah mengenai isteri yang meminta cerai apabila suami memberitahu ingin berkahwin satu lagi. Perbuatan tersebut adalah dilaknat Allah SWT. Jika suami telah menjalankan tugas memberi nafkah zahir batin adalah salah jika si isteri minta untuk diceraikan. Nafkah zahir dan batin yang dimaksudkan adalah berlandaskan agama bukannya kemewahan.

REDHA

Soalan kedua adalah mengenai perasaan tidak redha berkongsi suami. Ustazah meminta kami berfikir. Hidup di dunia ini untuk siapa? Adakah untuk suami ataupun Allah? Suami merupakan pinjaman Allah yang tidak kekal. Dia boleh pergi meninggalkan kita dahulu ataupun kita yang akan meninggalkan dia dahulu. Tiada istilah suami hak aku kerana suami adalah hak Allah. Jadi kita sepatutnya dari awal lagi hendaklah sentiasa redha dengan ketentuan Allah.

Cemburu?? Memang kita akan cemburu. Aisyah r.a jugak cemburu apabila Rasulullah SAW berkahwin. Tetapi perasaan itu hendaklah dikawal dengan menganggap semua ini adalah urusan Allah.

ADIL DAN SAKSAMA

Soalan ketiga adalah mengenai adil dan saksama. Ustazah menyatakan ramai orang salah anggap berkaitan dengan perkara ini. Adil pada zahir adalah seperti menyediakan rumah untuk kedua-dua isteri. Membelikan pakaian untuk kedua isteri. Tidak semestinya perlu sama, contohnya isteri pertama ingin makan ayam tetapi isteri kedua ingin makan ikan. Jika suami menyediakan kedua-duanya itu adalah adil. Bukan bermaksud jika isteri pertama makan ayam jadi suami mesti beli ayam juga untuk isteri kedua.

Adil pada batin pula bermaksud giliran. Jika isteri pertama 3 hari, isteri kedua pun 3 hari dan seterusnya. Mana-mana isteri tidak boleh menghalang suami ke rumah isteri yang satu lagi kerana akan dianggap hutang dan hutang boleh dituntut di akhirat.

KASIH SAYANG

Ustazah juga menerangkan tahap kasih sayang suami kepada isteri-isteri bukan suatu perkara yang dituntut untuk adil. Maksudnya jika suami lebih menyayangi isteri tua, suami masih dianggap adil jika dia telah adil dalam memberi nafkah zahir dan batin.

Satu perkara yang ustazah ingatkan adalah apabila berkahwin, taraf semua isteri adalah sama. Tidak ada istilah isteri tua dapat lebih atau sebagainya. Jika salah satu isteri tidak redha dosa akan jatuh ke atas suami yang tidak adil.

Kalau betul sayangkan suami bantulah dia untuk adil di dunia, jangan hanya ucapkan sayang di dunia tetapi suami berjalan senget di akhirat kerana tidak berlaku adil. Oleh itu budi bicara antara isteri-isteri amatlah perlu.

Akhir sekali, ustazah mengingatkan untuk berfikir sebagai seorang muslim. Kita telah dimomokkan oleh idea barat yang tidak percayakan poligami. Oleh sebab itulah banyaknya berlaku penceraian. Kita hidup di dunia dalam jangka masa yang singkat. Gunalah masa yang ada untuk beribadat. Jangan mempersoalkan qada dan qadar. - KRT

No comments

Powered by Blogger.