Header Ads

Selepas 3 Jam Berkahwin, Pengantin Lelaki Ini Diceraikan Serta Merta Gara-Gara Bersikap Tamak Haloba


INDIA - Seorang lelaki yang baru sahaja berkahwin dan diceraikan selepas 3 jam mereka diijabkabulkan dan dicukur kepalanya sebagai hukuman di atas ketamakan lelaki terbabit manakala isterinya berkahwin dengan lelaki lain pada hari yang sama.

Memetik berita dari laman Daily Mail, lelaki tamak terbabit Muntaj Ansari, 26, telah dikahwinkan dengan Rubana Parveen, 18, di Kampung Chandwa, barat India pada hari Rabu lalu.

Setelah upacara perkahwinan mengikut adat muslim itu selesai dilangsungkan, Muntaj, seorang pemandu beca beroda tiga telah membuat tuntutan mahar yang besar dan mendesak keluarga pengantin perempuan membelikan sebuah motosikal yang mahal kepadanya.

Bashir-ud-din Ansari, 58, bapa kepada pengantin perempuan yang juga seorang pemilik hotel dipercayai telah pun membelikan menantunya itu sebuah motosikal, namun Muntaj dikatakan tidak berpuas hati dan mendesak dibelikannya motosikal yang lebih bagus dan berjenama.


Menurut saksi, orang ramai yang berada di majlis perkahwinan itu telah meminta pengantin lelaki bersabar serta memujuknya untuk menerima saja motosikal yang telah dibelikan itu, namun lelaki terbabit telah mengugut ingin keluar dari rumah berkenaan tanpa membawa isterinya sekiranya keinginannya itu tidak dipenuhi.

Tindakan pengantin lelaki akhirnya menyebabkan terjadinya satu pertengkaran antaranya dan bapa mertuanya itu. Keadaan menjadi tegang seperti tidak terkawal serta amat memalukan kerana dilihat oleh ramai orang.

Rubana, pengantin perempuan merasa amat kecewa di atas apa yang berlaku lalu mengambil keputusan untuk merujuk kepada Tok Kadi. Tindakan Rubana telah mendapat sokongan penuh oleh semua ahli keluarganya, lalu Rubana telah membatalkan perkahwinannya itu serta menceraikan suaminya serta merta.

Menurut Bashir-ud-din, dia akan memastikan keluarga Muntaj akan memberikan semula semua hadiah yang telah diberikan kepadanya dan juga mas kahwin yang telah pun dibayar.

Lantaran malu dengan kejadian yang telah berlaku itu, keluarga Muntaj dikatakan menulis sepucuk surat permohonan maaf serta berikrar akan memulangkan semula semua barangan yang diminta oleh keluarga pengantin perempuan.

Perangai Muntaj yang telah disaksikan oleh penduduk kampung yang menyebabkan mereka berang lalu bertindak menghukumnya dengan menggantungkan beberapa pasang kasut di lehernya diikuti dengan sekeping kertas yang tertulis "SAYA TAMAKKAN MAS KAHWIN". Selain itu, rambutnya juga turut dibotakkan termasuk abangnya sendiri yang menerima hukuman yang sama.




Walau bagaimanapun, pada hari yang sama, Bashir-ud-din telah membuat perbincangan dengan mengaturkan semula perkahwinan anak perempuannya itu dengan seorang lelaki lain yang telah bersetuju untuk dikahwinkan dengan Rubana.

Bashir-ud-din dikatakan telah menghubungi keluarga bakal pengantin itu Mohammed Elias, 25, dan segera membuat perancangan untuk mengahwinkan mereka pada sebelah petang pada hari yang sama.



Perkahwinan kedua mempelai itu berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan pada sebelah malam.

Menurut Bashir-ud-din dia sedikit pun tidak menyesali dengan perkara yang telah berlaku itu dan menyatakan kegembiraannya apabila anak perempuannya tidak perlu membuang masa dengan lelaki yang tamak itu.

Dia juga menyatakan kesyukurannya apabila Rubana telah dikahwinkan dan turut merestui hubungan kedua pengantin baru berkenaan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.