Header Ads

Seorang Lagi Pelajar Lelaki Berusia 11 Tahun Mendakwa Telah Didera Oleh Ustaz Di Sekolah Agama


KLANG - Satu lagi kes yang dikatakan hampir sama dengan kes arwah Thaqif berlaku di sebuah sekolah agama persendirian kini tersebar apabila seorang budak lelaki berusia 11 tahun mengadu bahawa seorang ustaz di sekolahnya telah mendera serta mengugutnya untuk mengenakan hukuman yang lebih berat sekiranya perkara itu diberitahu kepada ibu bapanya.

Menurut budak terbabit, ustaz berkata otak saya tidak akan dapat menghafal al-Quran sekiranya saya mengadu tentang apa yang berlaku kepada kedua ibu bapa saya, jelas Muhammad Resan Abdullah.

Ustaz terbabit kini telah didakwa di mahkamah tetapi selepas ibu bapa budak lelaki berkenaan membaca kisah yang berlaku terhadap Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, mereka akhirnya menghubungi peguamnya untuk mengkaji semula kes berkenaan.

Ibu budak lelaki berkenaan, Suraya Fatima Abdullah berkata, Thaqif sebaya dengan anaknya dan apa yang berlaku kepada anaknya adalah kes yang terpencil tetapi nampaknya tidak.

Kami telah bercakap dengan peguam kami tentang perkara ini untuk melihat apa yang boleh kami lakukan, jelasnya lagi.

Difahamkan, ustaz tersebut telah didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Resan Abdullah, 11 tahun.

Menurut Suraya Fatima lagi, beliau merasa sedih dengan berita kematian Mohamad Thaqif dan sedar perkara yang sama mungkin boleh berlaku kepada anaknya.

Dia juga berkata penderaan seumpama ini perlu dihentikan. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama untuk mendapatkan pengetahuan dan menjadi Muslim yang baik, bukan untuk dipukul seperti ini.

Mohamad Thaqif meninggal dunia pada Rabu akibat komplikasi kesihatan selepas dia didera oleh seorang pembantu warden di Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor.

Menerusi laporan perubatan setelah Muhammad Resan diberikan rawatan, kanak-kanak lelaki itu dikatakan mempunyai berabgai kesan lebam di bahagian belakang badan dan dada.

Dia juga dikatakan turut mengalami sembelit yang teruk kerana pengambilan serat dan cecair yang rendah.

Menurut Suraya, anak lelakinya itu telah dirawat di Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) selama dua minggu.

Kanak-kanak lelaki itu dikatakan hanya berada di sekolah agama itu untuk beberapa minggu sahaja sebelum ibu bapanya mendapati dia berada dalam keadaan lemah dan melihat kesan lebam di badannya.

Sumber: Mstar Online

No comments

Powered by Blogger.