Header Ads

Seorang Lelaki Thailand Ditahan Pihak Berkuasa Kastam Kerana Menyeludup Sperma Ke Laos


BANGKOK - Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan oleh pihak berkuasa kastam Thailand ketika dalam perjalanan untuk menyeludup enam botol cecair yang dipercayai sperma ke Laos, lapor Berita Harian.

Menurut salah seorang pegawai kastam Thailand, lelaki terbabit seringkali melakukan perbuatan menyeludup air mani itu menerusi Nong Khai dan ini adalah kali yang ke-13 suspek berbuat demikian sebelum ditahan di bandar sempadan Nong Khai, katanya.

Penahanan lelaki terbabit, pihak berkuasa kastam menemui satu tiub yang telah dibungkus rapi di dalam tangki nitrogen.

Difahamkan, pihak berkuasa percaya botol kaca yang mengandungi sperma itu akan dihantar ke klinik ibu tumpang di negara Laos iaitu sebuah negara yang miskin dan sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi untuk perniagaan menyewa rahim.

Seperti yang dilaporkan, perkhidmatan sewa rahim di negara itu mendapat permintaan yang tinggi setelah negara Thailand dan juga Kemboja dipercayai mengenakan kawalan yang sangat ketat terhadap kegiatan tersebut.

Klinik persenyawaan in-vitro (IVF) dikatakan kini semakin banyak muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Laso semenjak beberapa bulan lalu.

Perkhidmatan melakukan pemindahan janin di Laos telah ditawarkan oleh beberapa pusat berkenaan dan mereka kemudiannya menghantar ibu tumpang ke Thailand kerana dipercayai kemudahan perubatan di negara itu adalah lebih baik.

No comments

Powered by Blogger.