Header Ads

Seorang Pakcik Selekeh Seperti Tidak Terurus Tarik Perhatian Netizen Apabila Membeli Motosikal Berkuasa Tinggi Secara Tunai


Singburi, Thailand - Seorang lelaki dipercayai warga emas yang kelihatan tidak terurus seperti seorang gelandangan telah mengejutkan orang ramai dan jadi tular di media sosial kerana membuat pembelian sebuah motosikal berkuasa tinggi secara tunai.

Melalui laman Facebook Maxsingburibike, lelaki terbabit yang tidak dinyatakan usianya kini jadi popular apabila gambar-gambarnya telah dimuat naik di laman berkenaan sehingga kini mempunyai lebih daripada 5 ribu perkongsian.

Melalui kenyataan dari laman berkenaan yang menasihatkan netizen agar tidak memandang pada luaran seseorang sahaja kerana kita tidak tahu siapa mereka.

Jelas laman tersebut, lelaki berkenaan yang lebih senang dipanggil sebagai pakcik telah datang ke kedai motosikal itu dan beliau bertanyakan tentang sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson.



Walau bagaimanapun, penampilan pakcik itu telah mengejutkan pemilik kedai apabila dengan berpakaian seperti selekeh dan tidak terurus itu dia telah membeli motosikal berkenaan yang berharga 600,000 Bath (RM75,300) secara tunai.

Difahamkan, urusan jual beli yang berlangsung antara pakcik terbabit untuk pembelian motosikal berkuasa tinggi itu hanya berlangsung dalam 10 minit sahaja.

Sehingga kini, kisah pakcik yang dikatakan tidak terurus itu telah jadi viral dengan pantas ke seluruh media sosial. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.