Header Ads

Seorang Wanita Janda Beranak Dua Ditangkap Khalwat Bersama Suami Orang Penjawat Awam Beruniform


KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal yang dipercayai telah berkhalwat bersama dengan seorang lelaki yang dikatakan suami orang telah dicekup dalam serbuan yang dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar, di sini, pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, janda yang berusia 29 tahun itu mempunyai dua anak telah ditahan bersama seorang lelaki yang berusia 30 tahun dipercayai kekasihnya seorang kakitangan kerajaan beruniform.

Ketika serbuan yang dilakukan pada jam 2.15 pagi itu, penguat kuasa mendapat maklumat daripada orang awam berkaitan dengan pasangan terbabit lalu membuat intipan sebelum berjaya menahan pasangan yang berkesedudukan itu di dalam sebuah bilik di rumat terbabit.

Difahamkan, lelaki yang turut ditahan itu berasal dari Kedah dan telah pun berkahwin, walau bagaimanapun, isteri lelaki berkerja dan tinggal di Pulau Pinang. Lelaki itu telah ditugaskan ke cawangan Kelantan semenjak 10 bulan lalu dan ibu tunggal berkenaan berasal dari Kampung Kekabu, Pasir Mas, telah bercerai 4 tahun lalu bersama suaminya yang terdahulu.

Ibu tunggal itu juga dipercayai berkerja sebagai jurujual jam di kompleks membeli belah di Lembah Sireh dan dia juga dikatakan menyewa sebuah rumah di kawasan yang berdekatan dengan tempat kerjanya.

Melalui siasatan awal yang dilakukan, wanita itu diambil oleh lelaki berkenaan dari bilik sewanya dan dibawa pulang untuk tidur bersama di rumah yang disewa oleh lelaki itu.

Menurut sumber, rumah sewa lelaki terbabit dihuni oleh tiga lagi rakan lelaki yang lain tetapi mereka semua tidak mengetahui kegiatan lelaki tersebut yang sering membawa pulang wanita itu ke rumah sewanya secara bersembunyi tanpa pengetahuan mereka.

Mereka juga dikatakan telah menjalinkan hubungan semenjak tiga bulan lalu dan lelaki itu tidak mempunyai anak, manakala anak-anak wanita ibu tunggal itu ditinggalkan bersama bekas mertuanya.

No comments

Powered by Blogger.