Header Ads

Seorang Wanita Melihat Kain Telekung Dan Sejadah Seolah-Olah Berdiri Sedang Menunaikan Solat


Sik, Kedah - Satu kejadian yang dianggap pelik dan luar biasa telah berlaku di Kampung Tok Aris, Jeneri di sini apabila seorang wanita mendapati kain telekung dan sejadah miliknya kelihatan seperti berdiri menunaikan solat.

Kejadian yang menunjukkan kebesaran Yang Maha Berkuasa itu berlaku telah dirakamkan oleh seorang pemilik akaun Facebook Mohamad Syafiq Akmal Ismail, anak kepada wanita yang telah melihat kejadian ini.

Melalui Facebook milik Syafiq dia menjelaskan semuanya bermula ketika ibunya ingin menunaikan solat dan mengambil telekung tersebut lalu diletakan telekung berkenaan di atas sejadah.

Ketika ibunya berpatah balik ke arah di mana telekung dan sejadah itu berada, ibunya merasa amat terkejut apabila mendapati kain telekung dan sejadah berkenaan kelihatan seperti berdiri sedang menunaikan solat, katanya.




Gambar-gambar yang telah dimuat naik oleh Syafiq mendapat perhatian netizen dengan rata-rata diantara mereka memuji akan kebesaran Allah Yang Maha Esa.

Kejadian seperti ini telah berulang kali berlaku dan ianya bukanlah sesuatu yang amat mustahil. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.