Header Ads

Seramai 70 Orang Pekerja Kilang Elektronik Diserang Histeria Secara Beramai-Ramai


PUCHONG - Sebuah kilang elektronik gempar apabila sekumpulan pekerja wanita telah diserang histeria yang menyebabkan kilang berkenaan ditutup sementara, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian yang berlaku pada malam semalam itu, seorang pekerja yang enggan dikenali menjelaskan, sejak kebelakangan ini pekerja kilang terbabit sering mengalami gangguan makhluk halus.

Difahamkan, serangan histeria pada kali ini bukanlah yang pertama sebaliknya kejadian yang sama pernah berlaku kepada pekerja wanita di situ, namun untuk kali ini telah melibatkan histeria dalam jumlah yang lebih ramai.

Menurut pekerja itu lagi, perkara ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini yang menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan daripada Pusat Rawatan Islam AL-Qalam yang dipercayai mampu menangani masalah tersebut.

Pekerja tersebut yang masih dalam keadaan bingung itu turut berkata, di awal kejadian hanya beberapa pekerja wanita sahaja yang terkena histeria lalu menjerit secara tiba-tiba ketika sedang menjalankan tugas.

Tidak lama selepas itu keadaan ini seperti merebak kepada pekerja wanita yang lain yang turut sama menjerit dan keadaan itu seolah-olah seperti tidak terkawal.

Sementara itu, Timbalan Presiden Al-Qalam, Roslan Salleh berkata, majoriti wanita yang terkena gangguan histeria pada ketika itu adalah terdiri daripada pekerja wanita asing.







Beliau menjelaskan, rawatan berkenaan telah dilakukan sendiri oleh Presiden Al-Qalam, Datuk Seri Baharuddin Abu untuk menghalau dan mengusir makhluk halus serta bagi membuat pemulihan semula semangat pekerja-pekerja berkenaan.

Menurutnya, berkemungkinan punca gangguan itu berlaku daripada tandas yang berhampiran dan Datuk Seri Baha sedang berusaha untuk membersihkan kawasan itu agar tiada lagi gangguan.

Dia juga turut berkata bahawa beliau amat yakin ada diantara pekerja-pekerja asing itu yang membawa ‘bekalan’ daripada negara asal mereka sebagai pendinding ketika datang ke Malaysia. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.