Header Ads

Terima Duit RM40 Ribu Dari Bank Yang Didapati Palsu, Wanita Ini Berang Dakwa Seperti Ditipu


Sekiranya anda fikir semua duit yang telah keluarkan daripada bank adalah asli dan selamat, apa yang anda fikirkan itu sebenarnya mungkin silap dan salah. Berkemungkinan selepas anda membaca kenyataan seorang wanita ini, anda pasti akan terus berhati-hati pada masa akan datang.

Seorang wanita telah mendakwa dia diberikan beberapa keping duit kertas palsu dan juga didapati rosak oleh sebuah bank pada baru-baru ini.



Rakaman video yang berdurasi selama 30 saat itu juga telah dimuat naik oleh laman Facebook We Are Malaysians membuktikan kes berkenaan berlaku. Menerusi rakaman terbabit kelihatan wanita tersebut telah pergi ke kaunter dengan keadaan marah kerana ingin berjumpa dengan seorang pengurus bank berkenaan.

Wanita berkenaan telah menjerit dengan bertanyakan di manakah pengurus bank berada dan memaklumkan bahawa dia baru sahaja mengeluarkan wang sebanyak RM40K. Wanita itu bertanya kepada seseorang yang berada di situ, ini duit yang telah kamu beri kepada saya? Sanggup kamu beri duit seperti ini kepada saya?

Difahamkan, 5 keping duit kertas bernilai RM100 setiap satu yang telah diterima wanita berkenaan didapati kurang baik. Namun, mengikut gambar yang telah dikongsikan seorang netizen, duit berkenaan kelihatan koyak dan dua lagi duit kertas yang didakwa palsu juga turut koyak serta ditampal dengan sejenis pita.



Tidak beberapa lama selepas itu, seorang pekerja bank kelihatan cuba untuk mententeramkannya sambil mengawal keadaan dan juga meminta maaf. Pekerja itu berkata mereka memberikan duit yang salah dan akan segera menukarkan kepada yang baru.

Wanita berkenaan menegaskan bahawa dia tidak mempercayai pekerja bank berkenaan kerana ketika mengira duit sebelum diberikan kepadanya, pekerja tersebut semestinya telah menyedari akan duit yang telah rosak itu.

Wanita itu juga berkata pekerja bank berkenaan jangan memberikan alasan dan telah jelas kamu telah menipu saya. Bank jenis apakah ini, kata wanita itu dalam keadaan marah.

Rakaman video tersebut telah jadi tular semenjak semalam dan rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka masing-masing.

Ada yang berpendapat, kebanyakkan pekerja bank dengan sengaja memberikan duit yang telah rosak kepada pelanggan dan agak pelik juga pekerja bank itu secara tiba-tiba terus tukar duit kertas tersebut tanpa banyak soal, seolah-olah telah mengetahui kejadian berkenaan.

Walau bagaimanapun, semalam, bank terbabit telah tampil dengan mengeluarkan kenyataan balas mereka di Facebook laman sosial rasmi mereka iaitu Hong Leong Bank Berhad. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.