Header Ads

Tragedi Kejam Bayi Perempuan 16 Bulan Telah Didera Secara Seksual Dengan Koyakan Teruk Di Kemaluan Berdarah


CHINA - Sungguh menyedihkan apabila seorang bayi perempuan yang berusia 16 bulan ditemui mengalami pendarahan dalaman kerana dipercayai didera secara seksual oleh seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab di wilayah Zhiejang.

Memetik laporan Oriental Daily, tragedi yang amat menyedihkan itu disedari oleh ibu bayi berkenaan ketika ingin menukarkan lampinnya apabila ternampak kesan darah yang agak banyak pada seluar dan lampin bayi terbabit.

Bayi malang itu dikatakan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera di atas kecederaan yang dialaminya. Menurut doktor yang melakukan rawatan terhadap mangsa memaklumkan bahawa terdapat kesan koyakan yang teruk di kemaluan mangsa dan mangsa harus menjalani pembedahan dengan kadar segera.


Menurut sumber, ketika hari kejadian, seorang lelaki yang berusia 50 tahun, seorang peniaga telur yang menjalankan perniagaannya berdekatan dengan kawasan perumahan mangsa dipercayai telah datang melawat mangsa dan ibunya.

Menurut wanita berkenaan, lelaki terbabit sering datang ke rumahnya semata-mata untuk bermain dengan anaknya itu. Wanita itu juga berkata dia telah menganggap lelaki terbabit sebagai kawan keluarga kerana hubungan mereka boleh dikatakan agak rapat antara satu sama lain.


Walau bagaimanapun, pada hari kejadian, lelaki berkenaan dipercayai telah membawa anaknya keluar dari rumah selama 40 minit dan apabila pulang, ibu mangsa mendapati ada gula-gula di tangan mangsa dipercayai dibelikan oleh lelaki berkenaan manakala wajah mangsa pada ketika itu sangat pucat dan seolah-olah ada sesuatu yang telah berlaku kepadanya.

Mangsa mula menangis ketika ibunya ingin menukarkan lampin dan baju. Doktor juga telah mengesyaki lelaki berkenaan yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu terhadap mangsa dan telah mengesyorkan wanita itu dengan segera membuat laporan polis.


Lelaki terbabit akhirnya telah ditangkap polis setelah polis menerima laporan daripada wanita berkenaan dan kes berkenaan telah mendapat liputan meluas serta jadi tular di media sosial.

Ibu bapa dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya anak bersama dengan orang tidak dikenali malah ibu bapa juga harus mengambil tahu dan memberi perhatian penuh terhadap anak-anak mereka. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.