Header Ads

Trend Murid Sekolah Goreskan Belakang Tangan Sehingga Berparut Jadi Tular Membimbangkan Ibu Bapa


PASIR GUDANG - Gambar sekumpulan murid lelaki yang menggoreskan belakang tangan mereka sehingga meninggalkan parut jadi tular melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa dan guru, lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah mengambil langkah berjaga-jaga serta melakukan siasatan terperinci bagi membendung kes seumpama ini.

Perbuatan dengan menggoreskan tangan seperti itu dikatakan pernah berlaku di sekolah pada sekitar tahun 80-an dan 90-an lagi yang dianggap satu trend satu masa dulu. Walau bagaimanapun, gejala ini sering berlaku apabila setiap murid-murid sekolah inginkan sesuatu yang dikatakan mencabar dan memperolehi kebebasan disamping mewujudkan geng tertentu atau umpama melambangkan pertalian persaudaraan.

Kandungan Whatsapp yang memaparkan gambar tangan yang dipercayai murid sekolah digores sehingga berparut itu dikatakan mendapat perhatian ibu bapa yang meminta supaya mereka memerhatikan tangan dan menasihatkan anak masing-masing agar tidak terlibat dalam kes sebegini.

Berikutnya adalah antara gambar-gambar yang membabitkan murid-murid sekolah yang menggoreskan tangan mereka yang dimuat naik oleh pemilik akaun Are Niex di laman sosial Facebook sehingga mendapat perhatian netizen.



Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat memaklumkan bahawa sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut berlaku di negeri ini.

Jelas Datuk Ayub lagi, walau bagaimanapun, pihaknya memintak kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perbuatan yang tidak bermoral ini dengan segera melaporkannya kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN yang berhampiran agar diambil tindakan dengan segera.

No comments

Powered by Blogger.