Header Ads

Uber Ingin Bawa Penumpang Menaiki 'Kereta Terbang' Apabila Menjelang Tahun 2020


Syarikat perkhidmatan perkongsian pengangkutan iaitu Uber dikatakan akan melancarkan satu sistem 'kereta terbang' untuk kemudahan orang ramai yang ingin bergerak dari sesuatu lokasi ke lokasi yang lain berikutnya.

Memetik laporan daripada portal New York Post, perlaksanaan projek berkenaan akan dilakukan setelah menjelang tahun 2020 dengan mengkhususkan perkhidmatan terbabit hanya di kawasan-kawasan bandar sahaja.

Beberapa syarikat dikatakan telah terlibat dengan kerjasama berkenaan untuk penghasilan pesawat termasuk Bell Helicopter dan Embraer.

Sementara itu, bagi menjayakan perkhidmatan berkenaan, dua buah bandar dilaporkan akan berkerjasama pada peringkat permulaan. Dua bandar yang terbabit itu adalah Dubai Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Dallas di Amerika Syarikat (AS).


Melalui satu kenyataan yang telah dilaporkan oleh Uber di California, pelanggan dikehendaki menekan butang sahaja dan seterusnya dapat merasai pengalaman penerbangan yang berkelajuan tinggi semasa dibawa mengelilingi kawasan bandar.

Jelas Uber lagi, walaupun perkhidmatan yang terbaharu itu didapati lebih canggih, tetapi kos untuk menggunakan perkhidmatan terbabit adalah tidak banyak perbezaan berbanding dengan menaiki perkhidmatan kereta biasa.

'Kereta terbang' yang telah mendapat perhatian ramai itu dilaporkan akan membuat penampilan pertamanya semasa mengambil bahagian dalam demonstrasi Uber Elevate Network di Ekspo Sedunia 2020 di Dubai. - Koleksi Viral




No comments

Powered by Blogger.