Header Ads

Video Seorang Ibu Membuka Baju Yang Menunjukkan Buah Dadanya, Tindakan Anak Lelaki Sungguh Mengejutkan Netizen, Anda Pasti Tak Sangka..


Satu rakaman video yang memaparkan seorang ibu menunjukkan payudaranya kepada anak lelakinya yang masih kecil dan tindakan anaknya itu amat mengejutkan ramai sehingga menjadi perhatian netizen.

Rakaman video berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun laman sosial Instagram iaitu Ngakaksehat menjadi perhatian dan bualan netizen sehingga paparan video berkenaan melebihi dari 180, 000 sehingga kini.

Menerusi video yang menunjukkan seorang wanita cantik bersama anak lelakinya yang comel dalam lingkungan 4 hingga ke 5 tahun berada di dalam sebuah bilik dipercayai bilik tidur.

Tindakan wanita berkenaan dengan membuka zip bajunya seolah-olah mahu menunjukkan buah dadanya kepada anak lelakinya dipercayai ingin menguji sikap anaknya itu.

Setelah zip baju wanita itu terbuka yang memperlihatkan kulitnya yang cantik dan putih itu, secara tiba-tiba anak lelakinya datang kepadanya lalu bertindak menutup semula zip dibaju wanita berkenaan.

Tindakan anak lelakinya amat mengejutkan, kata seorang netizen yang memberi komen di akaun Instagram terbabit.

Seorang kanak-kanak yang masih kecil telah memahami apakah itu aurat dan menutup semula payudara ibunya supaya dia tidak akan melihatnya.

Rata-rata netizen dilihat amat terkejut dan memuji tindakan kanak-kanak berkenaan kerana berbuat sedemikian kepada ibunya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.