Header Ads

Waktu Pagi Nak Hantar Adik Ke Sekolah, Dua Tayar Motor Hilang, Bateri Kereta Lesap Dicuri, Siapa Tak Berang?


SHAH ALAM - Kedua-dua tayar motor hilang serentak dengan bateri kereta ketika waktu pagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Rutin harian terganggu dek kerana penyamun yang tidak berhati perut mencuri alat-alat kenderaan untuk pergerakan harian.

Cuba anda bayangkan perasaan marah ketika anda sedang menghadapi situasi seperti ini. Mungkin ada yang mampu bersabar tetapi mungkin tidak semua mampu menahan sabar apabila kes kecurian berlaku berulang-ulang sewaktu kita dalam kecemasan dan amat memerlukannya.

Kes sebegini telah berlaku di Bukit Niaga, Shah Alam, berdasarkan laporan yang dimuat naik di media sosial oleh pengguna Facebook Warodatul Husna yang menjadi tular dan panas dengan perhatian rata-rata netizen yang memaki hamun tindakan si pencuri.

Menurut pemilik akaun Facebook terbabit, ini adalah kejadian kali kedua apabila bateri kereta miliknya hilang ketika dia sedang bergegas untuk menghantar adiknya ke sekolah.



Pesanan beliau kepada sesiapa sahaja yang tinggal di kawasan Bukit Niaga yang kehilangan bateri kereta dan tayar motor agar memaklumkan kepadanya kerana beliau ingin tahu seberapa mangsa kecurian yang senasib dengannya.

Terkini, satu gambar yang memaparkan dua orang remaja yang bergari dipercayai adalah dalang kes kecurian tayar motor dan bateri kereta di kawasan terbabit telah mula tular di media sosial. Tiada maklumat lengkap berkaitan dengan kedua remaja terbabit.

Mungkin dengan penangkapan ini juga dapat menyelesaikan kes kecurian yang semakin berleluasa di kawasan berkenaan. Kes ini masih lagi dalam siasatan polis. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.