Header Ads

Wanita Ini Dikatakan Gila & Bodoh Kerana Menutup Aurat, Komen Balasnya Selepas Dikritik Memang Padu Dan Sepatutnya


Negara kita hidup dalam keadaan harmoni dengan berbilang kaum dan agama yang sering kerajaan terapkan agar rakyatnya bertolak ansur serta menghormati sesama kita setiap bangsa dan agama.

Seorang wanita yang berkongsikan pengalamannya ketika berkerja dengan mereka yang bukan Islam serta beliau dikritik oleh rakan sekerjanya kerana satu isu yang berkaitan dengan pakaiannya serta penutupan aurat yang diamalkannya.

Jom lihat bagaimana wanita ini, Khainis Tahir menjawab dan membalas kritikan berkenaan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya.

Pernah Tak Teringin Nak Buka Aurat Dan Pakai Pakaian Biasa?

Isu berkaitan dengan hijab memang tak akan habis. Terutamanya sekiranya kita berkerja di dalam persekitaran yang bukan muslim.

Hari ini, aku berhadapan dengan one of the worst hijab comments dari seorang rakan sekerja yang bukan Islam iaitu seorang India.
Mula-mula dia tanya,

Dia : Kau pernah tak rasa macam nak bukak tudung and wear normal clothes?

Aku sebenarnya tengah busy gila tapi ye la, dia budak baru so aku layankan je.

Aku : Apa yang normal? Ni normal la.

Dia : Tak.. maksud aku.. pakai normal blouse.. normal clothes la.

Aku : Tak pernah. Ni normal aku.

Dia : Kenapa kau nak cover up? Semua perempuan ada desire untuk dress up and melawa. Abih apa yang orang boleh nampak kalau semua kau tutup?

Aku : I am a senior system analyst with a double degree. Aku dah puas melawa dengan make up, dengan baju2 sexy. Aku nak be defined by my intelligence. Bukan the depth of my cleavage.

Dia : Kau gila. Kau seriously gila. Aku tak pernah nampak orang so so silly macam kau. Aku dress up untuk diri aku, bukan untuk orang lain. Aku put on make up, dress nicely so orang tak pandang rendah pada aku.

*eh eh*

Pakai Mini Skirt Kau Lebih Moden?

Gambar sekadar hiasan
Aku : Apa yang gila? Apa yang bodoh? Kau ada kau nye own definition of beauty. Pada aku yang sexy tu mentality, brain. Sekarang ni apa yang aku pakai cantik. Aku rasa cantik camni. Apa yang cantik pada aku, tak semestinya cantik pada kau. Aku tak pernah kutuk orang pakai sari buruk. So apa sebenarnya problem kau dengan my dressing.

Dia : Takla.. maksud aku macam kita kan career women, abih kau pakai macam ni, how orang nak take kau seriously? Kau tertekan dengan culture ke? Parents kau paksa kau pakai macam ni? Sebab aku kenal ramai muslim ladies yang modern. Kau nampak macam backdated.

Sedap betul minah ni kutuk aku

Aku : Aku tak perlu prove apa2 pada sesiapa. Kalau sesiapa rasa aku tak layak to do this job, aku will happily go. Apa yang orang perlu is expertise aku, bukan kaki ke ketiak aku. Modern tu tak terletak pada skimpy clothes.

It is terletak pada pemikiran kita. Aku dengan agama aku, and ni cara aku. So kau rasa by wearing sleeveless and mini skirts, kau lagi modern dari aku? Make sure kau abiskan semua reports ni by today. Jangan asik bebual buang masa je.

Dia : Kau marah ke?

Aku : Yes. Marah. Sekarang diam. Aku nak sambung kerja.

Aku take hijab very seriously. Pada aku, it is bullshit bila orang kata takleh pakai hijab sebab kerja kat town or holding a senior professional position. Kita kena shake hands dengan clients lelaki. Takleh kuno sangat.

And so far memang selalu orang tanya, tak panas ke kau pakai gini. Aku ok kalau orang tanya baik2. But kalau orang kutuk2, arh tu memang la. Tekan switch auto eject to outerspace.

Anyway, yang nak kerja is kepala otak ke kepala? Jangan bukak tudung for your job. No matter what happens, jangan bukak tudung. Biar orang kata kita kuno ke, bodoh ke, gila ke pakai camni dalam hot weather.. lantak diorang la.

Takde siapa yang boleh jamin rezeki kita. Rezeki kita da tertulis kat loh mahfudz. Hak kita akan jadi milik kita no matter what.

Passion Itu Boleh Menjamin Syurga?

And yakin dengan rezeki dari Allah SWT. Tak guna kalau gaji 10 ribu tapi tak berkat. Baru dapat, da abis. Biar kita gaji kecik, tapi dengan gaji kecik tu, kita boleh ada bajet nak sedekah.

Aku da lama tak marah tapi lately aku tengok orang perlekehkan hijab and kata it is tuntutan kerja untuk bukak hijab. It is my passion.

Passion tu boleh jamin syurga ke? Kalau tak boleh, buat apa buat?

Nanti bagi alasan yang sama pada Allah SWT. Bila Allah SWT tanya kenapa bukak tudung bila kerja, bila nak carik rezeki yang halal, cakap, "Sorry Allah, it is my passion."

Siapa yang tak boleh terima, takyah waste time comment panjang2 sebab aku tak baca. Aku tak pernah judge orang yang tak berhijab sebab aku pon pernah struggle masa mula2 nak pakai hijab.

Aku sayang and layan semua orang yang PM aku tak kira korang berhijab ke tidak ke. Semua sama je. And aku respect those yang tak bagi alasan untuk bukak hijab.

"Oh sebab kerja."

"Oh Allah Maha Pengampun"

Ni hak peribadi. Nak pakai, you are saving yourselves. Not me. Taknak pakai, terserah.
Ingat, Allah SWT tak rugi sikit pon kalau kita taknak berhijab or solat. Kalau kita taknak taat, ada bermillion million lagi orang yang nak taat pada Allah SWT.

Kita ni kira macam sebutir garam dalam lautan. Kalau kita betul la nak Allah SWT sayang kita, ikut perintah Allah.

"Kami dengar. Dan kami taat."

Kita bought 50 pcs hijabs to give away. Kalau sesiapa rasa nak jinak2 berhijab, boleh PM aku, aku akan post out kan untuk korang as a small gift. But jangan give up untuk try berhijab.

Kita hidup tak lama kat dunia ni. Sekarang da makin ramai yang mati muda and mendadak. So kalau ada difficulties yang korang nak share with me, boleh PM je. In shaa Allah aku boleh adakan masa sikit ye.

Semoga bermanfaat. Pada those yang kaki menjawab macam aku, jangan takut untuk jawab balik. Jangan asik dengan attitude "biarlah.."

Sampai bila nak jadi layu2.. lembik2. Tunjuk pada orang that kita pon ada otak nak fikir and kita are not stupid. Pada yang tak agree, to each his own.

No comments

Powered by Blogger.