Header Ads

Wanita Ini Trauma Dimaki Dan Diugut Rogol Kerana Status Akaun Facebooknya Telah Diceroboh Mencetus Kemarahan Netizen


Batu Pahat - Seorang wanita pemilik akaun Facebook dengan nama Ku Norazreen Binti Ku Izham mendakwa trauma kerana akaun miliknya telah diceroboh oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan dirinya telah dimaki netizen berkaitan dengan status yang dikatakan telah dimuat naik oleh wanita terbabit.

Wanita berkenaan mengadu kerana dirinya telah dianiaya oleh seseorang yang mungkin mengenalinya memandangkan akaun miliknya telah diceroboh oleh seseorang yang mungkin tahu kata kunci akaun miliknya itu.

Sehingga kini menurut wanita berkenaan dia sering mendapat berbagai cemuhan dan makian sama ada di messenger dan juga di Facebook miliknya. Status tersebut yang dipercaya telah mencetuskan kemarahan netizen adalah seperti berikut;

"Selama ini aku diam je, hari ni aku nak explain pada semua lelaki-lelaki kalau muka macam sial, sampah, kerja terumbang ambing, kerja cleaner cucu longkang, sekuriti ke atau posmen, sila berambus, jangan PM aku. Jangan kejar aku lagi, hati aku, perasaan aku hanya untuk lelaki yang berkerjaya saja.
Memang aku cantik tapi aku ada hak nak memilih tapi bukan golongan macam yang aku sebut. Kau terasa? Pergi meninggal segera. Aku tak kebulur nak friend sampah-sampah idiot, block terus".

Menurut wanita berkenaan, dia percaya bahawa ada orang yang mencuba sabotaj akaun Facebooknya dan individu terbabit juga telah memasukkan akaun Facebooknya ke sebuah group yang dikenali sebagai Group Janda dan Duda.

Berikut adalah antara screenshot yang telah diberikan mangsa dan juga laporan polis yang telah dilakukan.






Menurut wanita itu lagi, dia juga telah dimaki hamun dan diugut rogol kerana status yang dia sendiri tidak tahu menahu tentang itu.

Ekoran kejadian berkenaan, wanita itu segera membuat laporan polis demi keselamatan dirinya di masa akan datang.

Difahamkan, wanita itu berkata pihak polis memaklumkan bahawa wanita itu harus merujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk maklumat lanjut. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.