Header Ads

Wanita Kehilangan Payu Dara Kiri Menyaman Doktor Kerajaan RM20 Juta Kerana Didakwa Cuai Dalam Tugasan

KUALA LUMPUR- Seorang wanita yang mendakwa kehilangan buah dada kirinya ketika menjalani satu pembedahan pintasan jantung di Hospital Serdang, telah memfailkan saman RM20 juta di Mahkamah Tinggi di sini pada hari ini terhadap seorang doktor pakar di atas dakwaan kerana melakukan kecuaian ketika menjalankan tugas dalam perubatan.

Memetik laporan Utusan Online, Pertemahwadi Isac selaku pihak plaintif menamakan doktor pakar kardiotorasik terbabit di hospital tersebut, Dr. Abdul Muiz Jasid defendan pertama dan kerajaan Malaysia adalah defendan kedua.

Melalui pernyataan tuntutannya seperti yang dilaporkan, Pertemahwadi mendakwa, terdapat tiga daripada saluran arteri di bahagian jantungnya telah tersumbat dan pada 16 Februari tahun lalu, disebabkan perkara tersebut beliau terpaksa menjalani pembedahan pintasan bagi komplikasi itu di hospital tersebut.

Gambar Sekadar Hiasan.
Selain daripada penyakit berkenaan, pihak plaintif yang juga dikatakan turut menghidap diabetes itu mendakwa, ketika sebelum dia dibenarkan pulang, dia telah membuat aduan kepada defendan pertama ketika itu kerana mendapati ada kesan luka di bahagian dadanya, katanya.

Luka tersebut kemudiannya dipercayai telah dijangkiti kuman dan dia juga menjelaskan bahawa dia telah pergi semula ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan lanjut memandangkan bimbang dengan perkara berkenaan.

Sehubungan itu pihak plaintif mendakwa, pihak defendan telah melakukan kesalahan iaitu dengan kecuaian sehingga menyebabkan dia telah kehilangan keseluruhan payu dara kirinya.

Akhirnya pihak plaintif telah membuat tuntutan ganti rugi daripada pihak defendan yang diantaranya menuntut ganti rugi am sebanyak RM20 juta dan juga ganti rugi khas bernilai RM223,487.60.

No comments

Powered by Blogger.