Header Ads

Wanita Terkejut Lelaki Menggosok Kemaluan Di Depannya Di Tempat Letak Kereta Lalu Merakamkan Video Kejadian Itu


PENAMPANG, SABAH - Rakaman video seorang lelaki yang sedang menggosok kemaluannya di hadapan seorang wanita yang ketika itu berada di dalam kereta jadi tular di media sosial semenjak semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.52 petang itu di tingkat 3, tempat parking kereta Megalong Mall, wanita terbabit Qing Wclee sungguh terkejut apabila perbuatan lelaki itu secara tiba-tiba di hadapannya. Akibat panik dan ketakutan keadaan itu, mangsa dengan segera merakamkan kejadian demi keselamatan dirinya di masa depan.


Menurut mangsa, setelah saya masuk ke dalam kereta dan terus menguncikan kereta, tiba-tiba saya mendapati lelaki terbabit menggosok kemaluannya di sebelah pintu kereta sambil memerhatikan saya, katanya.

Akibat terkejut dengan tindakan mangsa yang merakamkan wajahnya itu, suspek dipercayai cuba membuka pintu kereta yang berada di belakang. Mangsa dengan segera membunyikan hon kerana bimbang akan diapa-apakan. Suspek yang terkejut kerana hon berbunyi terus beredar melarikan diri.

Rakaman video berkenaan telah mendapat perhatian daripada ramai netizen yang mendesak mangsa agar terus melaporkan perkara yang terlalu serius ini kepada pihak polis untuk dibuat siasatan serta menangkap suspek itu. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.