Header Ads

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V Hadir Ke Majlis Bacaan Yassin Seperti Rakyat Biasa Bersahaja Tanpa Protokol Menarik Perhatian Netizen


Satu rakaman video yang memaparkan Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V sangat bersahaja ketikan hadir ke satu majlis bacaan Yassin sempena hari pertabalan baginda jadi tular di media sosial.

24 April iaitu esok adalah Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan semua rakyat jelata di Malaysia distiharkan cuti bersempena dengan hari bersejarah tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter Ainul Akmal Hafizan menunjukkan ketibaan baginda ke majlis itu dengan bersahaja dan seolah-olah rakyat biasa. Ternyata rakyat Malaysia amat mengkagumi baginda yang terkenal dengan sifat merendah dirinya.

Rakaman video yang berdurasi 12 saat itu dirakamkan ketika baginda sedang berjalan di atas karpet merah khas untuknya dan kelihatan baginda mempercepatkan langkahnya dengan mengambil laluan jalan yang lebih cepat dengan keluar dari kawasan karpet merah berkenaan dan diikuti semua orang yang berada di situ turut berjalan dengan lebih pantas. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.