Header Ads

144 Lelaki Gay Ditahan Polis Ketika Sedang Berpesta Tahunan


JAKARTA - Seramai 144 orang lelaki yang dipercayai lelaki gay telah ditangkap ketika sedang berpesta di sebuah tempat yang dikenali sebagai Atlantis Jaya, Kelapa Gading, Jakarta Utara, semalam.

Memetik laporan Liputan 6, kesemua lelaki yang ditahan itu sedang berpesta yang dinamakan sebagai 'The Wild One' iaitu acara tahunan yang sering dilakukan setiap tahun semenjak ia mula dibina tiga tahun lalu.

Melalui serbuan yang dilakukan oleh pihak polis itu mereka telah menemui berbagai bukti kesemua lelaki terbabit mengadakan pesta seks di premis berkenaan, antaranya seperti kondom.

Menurut sumber lagi, pihak polis telah mengambil masa selama dua minggu untuk membuat serbuan di kelab tersebut memandangkan agak sukar bagi orang biasa yang ingin memasuki ke tempat berkenaan dan seseorang itu harus mendaftar terlebih dahulu sebelum diberikan kebenaran untuk masuk ke premis tersebut.






Ketika serbuan dilakukan, kesemua lelaki berkenaan didapati tidak berpakaian panik apabila diserbu dan ada diantara mereka cuba untuk melarikan diri, walau bagaimanapun cubaan mereka gagal apabila semua kawasan itu telah pun dikepung oleh polis.

Pihak polis turut menyita premis berkenaan selain merampas beberapa bahan bukti lain seperti tiket, rakaman CCTV dan lain-lain lagi.

Kesemua lelaki yang ditahan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan juga bagi membantu siasatan yang dijalankan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.