Header Ads

Akibat Memakai Inai (Black Henna) Tangan Wanita Ini Bengkak Dan melepuh Teruk


TURKI - Seorang wanita muda menderita kerana mengalami kesan sampingan yang amat menakutkan apabila kedua-dua tangannya didapati melepuh serta bengkak akibat memakai inai (black henna), lapor Daily Mail.

Wanita itu, Sophie Akis sebelum ini telah bercadang ingin mendapatkan tatu sementara selepas ditawarkan oleh seorang peniaga jalanan di tepi pantai ketika sedang bercuti bersama keluarganya di tepi pantai Agadir, Maghribi.

Beliau yang berusia 22 tahun pada ketika itu bersama suaminya dan saudara maranya telah bersetuju untuk memakai inai tersebut dan menunggu kira-kira 24 jam sebelum membuat bayaran berjumlah 4 pound untuk tatu sementara yang dikatakan amat popular itu.


Ibu mangsa, Wendy, pada ketika itu bersama anaknya telah memberikan amaran kepada orang ramai bahawa jangan menyangka semua itu adalah baik tetapi sebenarnya tidak. Akibat kejadian ini mereka terpaksa mengeluarkan sejumlah kos yang tinggi untuk rawatan insiden ini, katanya.

Menurut ibu mangsa lagi, setelah bebeapa jam anaknya memakai inai berkenaan, Sophie dikatakan kelihatan mula gelisah apabila tangannya seperti melepuh seterusnya didapati bengkak.

Menurutnya lagi, Sophie sebelum ini dikatakan sering menggunakan blakc henna ketika menghadiri majlis perkahwinan dan tidak pula mengalami kesan yang teruk seperti ini.

Disebabkan Sophie akan pulang dari percutian itu pada keesokan harinya, kami membawa beliau berjumpa dengan pegawai farmasi dan dia telah diberikan ubat serta tangannya juga disapukan krim dan dibalut supaya dia tidak akan mengalami sebarang masalah ketika berada dalam pesawat untuk pulang.



Apabila sampai di Turki dan pesawat mendarat, kami membawanya terus ke hospital. Doktor memaklumkan apa yang terjadi kepada Sophie adalah disebabkan alergik. Doktor telah memberikan ubat iodin serta perlu membasahkan kulit tangannya setiap 10 minit dan disapu dengan ubat krim kulit dalam masa dua hari.

Disebabkan insiden berkenaan, Wendi menyeru serta menasihatkan semua orang terutamanya kepada mereka yang ingin melancong ke luar negara supaya lebih berhati-hati dalam apa jua situasi ketika ingin mendapatkan khidmat memakai inai atau pun membuat tatu sementara dari peniaga yang diiktiraf. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.