Header Ads

Akibat Mempunyai Persamaan Ketara Dengan Lionel Messi, Lelaki Ini Ditahan Polis Untuk Hentikan Kekecohan Dan Kesesakan Lalu Lintas

TEHRAN - Gara-gara wajahnya kelihatan hampir serupa dengan bintang bola sepak terkenal kelahiran Argentina, Lionel Messi, lelaki ini Reza Parastesh, hampir dipenjarakan kerana dipercayai telah mengganggu ketenteraman awam, lapor Berita Harian.


Memetik laporan Metro.co.uk, kekecohan telah berlaku di bandar raya Hamedan minggu lalu apabila kelibat Lionel Messi berada di bandar itu telah menyebabkan orang ramai yang ingin mengambil gambar dengannya sehinggakan memaksa pihak polis datang untuk menghentikan kekecohan berkenaan.

Lelaki terbabit telah dibawa ke balai polis, manakala keretanya turut dirampas demi melicinkan perjalanan trafik yang dikatakan terlalu sesak apabila orang ramai ingin melihat Reza yang disangkakan Lionel Messi itu.

Persamaan wajah antara Parastesh dan Messi dipercaya sangat ketara sehinggakan rangkaian sukan Eurosport UK baru-baru ini dilaporkan secara tidak sengaja menggunakan gambarnya di Twitter ketika berbicara mengenai Messi yang sebenar.



Kekecohan itu bermula semenjak beberapa bulan yang lalu apabila bapa Parastesh yang gilakan sukan bola sepak memaksa pelajar berusia 25 tahun itu bergambar dengan memakai jersi nombor 10 kelab Barcelona dan menghantar gambar itu kepada laman web sukan.

Parastesh dikatakan telah menghantar gambarnya itu pada satu hari dan laman web berkenaan telah menghubunginya serta mendesak beliau agar dapat hadir dengan segera untuk sesi temubual, katanya.

Difahamkan, Parastesh pada awalnya agak keberatan, namun dia dikatakan semakin selesa dengan peranan barunya, lalu memotong rambut seperti Messi dan kerap memakai jersi Barcelona apabila keluar dari rumah.


Ianya sangat berbaloi kerana beliau juga telah ditempah untuk ditemubual pihak media malah mendapat kontrak peragaan.


Sehingga kini orang ramai yang melihat Parastesh menganggapnya adalah Messi Iran dan mereka mahu Parastesh meniru setiap perbuatan yang dilakukan Messi. Orang ramai pastinya amat terkejut apabila Parastesh muncul di khalayak ramai ekoran wajahnya yang dikatakan sangat sama dengan Lionel Messi. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.