Header Ads

Anda Pernah Ditindih Ketika Tidur Sehinggakan Suara Tak Keluar? Baca Penjelasan Dr Afida Sohana Ini


Mungkin ramai diantara kita pernah melalui pengalaman ditindih oleh sesuatu ketika sedang tidur sehinggakan sukar nak bernafas dan kita tidak tahu apakah yang menindih kita, yang pasti kita telah menjerit sekuat hati dan meminta tolong tetapi apabila kita dapat membuka mata tiada apa-apa yang berlaku, semuanya seperti biasa.

Ikuti penjelasan tentang ini iaitu Hypnagogic daripada seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Afida Sohana. Mungkin penjelasan doktor ini akan menjawab semua persoalan yang kita cari selama ini.

Hypnagogic

Halusinasi Hypnagogic. Apabila anda pernah mengalami halusinasi, mungkin salah satunya adalah halusinasi Hipnagogi. Halusinasi ini terjadi ketika kondisi antara tidur dan terjaga. Anda dapat mendengar suara tetapi anda juga dapat melihat visi atau mimpi ketika sedang tidur.

1. Pernah terjaga dari tidur, nampak bayangan hitam. Terasa ditindih, sesak nafas, suara tak keluar dan lumpuh anggota. Adakah ini mistik?

2. Sleep Paralysis ialah keadaan orang yang sedang tidur merasa sesak nafas, lumpuh, ditindih dan sukar untuk bersuara. (Sila Rujuk Gambar)


3. Ia berlaku dalam keadaan separa tidur. Dipanggil Hypnagogic jika berlaku waktu mula tertidur. Hypnopompic jika berlaku pada mula terjaga.

4. Peringkat tidur:
- Light sleep/separa sedar
- Mula deep sleep
- Delta sleep awal
- Delta sleep penuh

5. Hypnagogic ketika mula tidur. Tubuh yang letih dan penat lalu terus ke peringkat 4, sebagai contoh mimpi berlaku. Otak separa sedar. Badan tidak dapat bergerak tetapi otak berhalusinasi.


6. Hypnipompic ketika mula terjaga. Tubuh badan masih dalam delta tetapi minda mula sedar. Ciri-ciri mimpi seperti lembaga lain masih ada.


7. Rasa terjatuh terjadi dalam Peringkat satu. Otot mula relax, minda separa sedar. Kadang-kadang otot tiba-tiba mengejang dan beri sensasi seperti jatuh.

8. Kesimpulannya, BUKAN MISTIK. Rasa ditindih terjadi kerana minda separa sedar masuk alam mimpi di mana tubuh telah lena tidur.

9. 4/10 orang yang menghidap sleep paralysis. Bermula dalam belasan tahun. Kadang-kadang random sahaja bila terlalu penat, ada pula yang selalu kena.

10. Ada yang familial (runs in family) jadi orang ingat saka.

11. Faktor lain sleep paralysis seperti:
- Tidur tak cukup
- Perubahan masa tidur
- Mental health (bipolar)
- Ubatan (ADHD)
- Guna dadah

12. Kalau sekali sekala kena, tak perlu berubat. Tapi perlu berjumpa dengan doktor sekiiranya menjadi penat sepanjang hari. Tak boleh tidur- insomnia.

Perkara seperti ini sering berlaku ketika kita sedang tidur dan selama ini mengikut kepercayaan masyarakat Melayu kita ditindih oleh makhluk halus yang menganggu kita sedang tidur. - Koleksi Viral



No comments

Powered by Blogger.