Header Ads

Bandaraya Jakarta Dihujani Salji Sejak Petang Semalam Jadi Tular


Jakarta: Heboh di media sosial Indonesia bandar raya Jakarta dihujani buih putih seperti salji yang berlaku selepas hujan di Jalan Jenderal Sudirman, Jakarta semalam.

Beberapa gambar dan video yang telah dirakamkan lalu dimuat naik di media sosial memaparkan beberapa sebahagian jalan berkenaan putih seperti dilitupi salji yang kelihatan berbuih.

Laporan palsu juga muncul dan tular di media sosial dengan mendakwa salji melanda di Jakarta.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu, buih putih itu bukannya salji tetapi buih daripada cecair sabun yang tumpah di jalan raya.


Cecair itu dilaporkan tumpah dari projek pembinaan transit laju massa (MRT) di kawasan berkenaan.

Jurucakap MRT, Tubagus Hikmatullah berkata, cecair seperti sabun itu digunakan untuk melembutkan tanah ketika proses menggali terowong untuk projek berkenaan.

Katanya, baki cecair itu disimpan di tapak projek berhampiran tetapi tumpah dan mengalir ke jalan raya.


Hujan yang turun tidak lama selepas itu menyebabkan cecair itu menjadi buih putih seperti salji.

“Buih ini tidak bahaya dan kami mengambil tindakan tegas bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya kepada portal Jawapos.com. - Harian Metro

Sumber: Jakarta Info

No comments

Powered by Blogger.