Header Ads

Bapa Angkat Rogol Remaja 14 Tahun Semenjak Umur 9 Tahun Kini Buat Laporan Polis


MERLIMAU, MELAKA - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berjalan sejauh lima kilometer dari rumahnya di Sungai Rambai, Jasin untuk pergi ke Balai Polis Merlimau untuk membuat laporan dia telah dirogol oleh bapa angkatnya pada jam 8 malam semalam, lapor Harian Metro.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, mangsa mendakwa bapa angkat berusia 45 tahun memperkosanya sebanyak dua kali dalam kejadian 4.50 pagi semalam.

Bertindak atas laporan itu, pihak polis telah pergi ke rumah keluarga angkat mangsa dan menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pihaknya juga telah mendapat kebenaran untuk menahan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap lelaki berkenaan bagi membantu siasatan, katanya.

Mangsa juga dibawa ke Hopital Melaka untuk pemeriksaan dan hasilnya pegawai perubatan menemui kesan koyakan lama pada kemaluannya, jelas Kamaluddin.

Mangsa mendakwa bapa angkat mula merogolnya semenjak mangsa berusia sembilan tahun lagi dan perbuatan itu dilakukan ketika ibu angkatnya yang juga seorang penjawat awam tiada di rumah dan menghadiri kursus, katanya.

No comments

Powered by Blogger.