Header Ads

Bila Masuk Waktu Maghrib Jangan Biarkan Anak Kecil Keluar Rumah, Mungkin Ada Yang Mengikut Balik


Semua ibu bapa di dunia ini menginginkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam keadaan sihat dan aktif dengan rutin harian. Adalah menjadi satu kebimbangan ibu bapa apabila kesihatan anaknya masih lagi tidak pulih sepenuhnya biarpun telah diberi rawatan doktor.

Apa sekalipun, setiap ibu bapa akan bersusah payah berikhtiar untuk mengubati dan merawat kesihatan anak mereka walau dalam apa jua cara meskipun terpaksa bergolok gadai nyawa mereka sebagai ganti semata-mata ingin memastikan anak mereka sihat seperti biasa.

Seorang individu pemilik akaun Facebook, Fasihah Ibrahim menceritakan bagaimana kisah anaknya yang demam dan segala usahanya bagi menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh anak kesayangannya itu.

Oleh: Fasihah Ibrahim

Setiap Malam Menangis Melihat Umar

Bila umar kena tahan wad, ibu jadi orang tak tentu arah. Kata doktor umar kena jangkitan kuman dan dadanya berkahak. Siang malam ibu pantau suhu umar, tapi suhu tetap hampir 40.

Ibu risau sebab umur bawah setahun seperti umar tidak bole suhu tinggi2 takut kena sawan tarik nauzubillah. Bila suhu tinggi je, ubat bontot dimasukkan. Dah turun suhu sikit, naik mendadak balik. Ubat bontot lagi. Sehingga umar dah khayal ubat dan tidak aktif seperti biasa.

4hari umar di wad, umar diberi gas setiap 4jam, kata doktor gas itu untuk cairkan kahak dan tidak bahaya kepada umar. (Rujuk video dibawah). Umar sangat behave bila ibu bagi gas tu. Physio jugak datang untuk tepuk belakang umar bagi mencairkan kahak.

Ibu juga diajar cara yang betul untuk cairkan kahak (Lihat video). Lagi sekali, Umar tak menangis, malah umar tdo lena. Allah, baiknya Umar sebab tak pernah susahkan ibu sepanjang 4hari di wad. Sangat senang menjaga Umar.

Namun, suhu umar masih tinggi. Malam2 umar gigil. Ibu terus panggil nurse. Penyelesaiannya ubat bontot lagi. Umar dah penat, umar lena hingga ke pagi. Sehingga satu tahap ibu dah xkuat tengok umar dalam keadaan macam tu. Hampir setiap malam ibu menangis melihat keadaan umar yang terbaring lemah. Badan panas. Tiada kesudahan demam Umar. Allahurobbi.

Umar juga sudah 3x ambik darah disebabkan suhu terlampau tinggi. Alhamdulillah darah umar sangat cantik dan tiada apa apa jangkitan kuman. Lepas tu, Doktor beritahu yang umar bebas jangkitan kuman dan kahak pun sudah tiada. Tapi kenapa umar masih demam panas?

Ibu bingung dan buntu. Hari keempat di wad, ibu jumpa doktor, ibu mintak discharge. Sebab ibu sudah tidak sanggup tengok umar dalam keadaan lemah begitu. Tiba masanya ibu ikhtiar cara lain pula.


Baru Ibu Tahu

Orang tengok ibu letih dan tak terurus. Tapi ibu sanggup letih menjaga umar, daripada apa2 terjadi kepada umar. Tdo out, makan out. Orang cakap baru anak sorang, Ya, sebab ibu anak seorang, ibu harus risau. Ibu tiada pengalaman.

Petang hari keempat, umar sudah discharge. Kawan2 nasihatkan ibu untuk bawak Umar berurut dan Cari Air penawar. Ibu akur. Lepas maghrib, ibu ke rumah tukang urut yang ibu panggil sebagai Wak. Wak pakar urut traditional. Sewaktu ibu ke rumah Wak, Umar masih demam panas. Bila wak sentuh umar, wak mengeleng2 kepala, katanya belakang umar sudah lama terseliuh. Bila disentuh kaki umar, sejuk. Katanya ini Demam urat. BARU IBU TAHU.

Dulu ibu xtahu yang bayi pun ada demam urat. Kata Wak, bayi demam urat jika dia ada jatuh katil, cubaan untuk berjalan lepastu jatuh, orang sekeliling pegang cara salah dan sebagainya. Belikat umar sudah lama terseliuh. Mungkin cara pegangnya salah. Sebab itulah demamnya tiada surut.

Wak juga beritahu ibu, part yang paling penting adalah perut. Jika kita urut seseorang, tetapi tidak urut di perut, tiada gunanya. Kerana perut adalah mesin badan. Begitu juga dengan bayi. Kena jaga perutnya. Masa diurut umar menangis tapi xkeluar airmata.

Jangan Bawa Anak Keluar Rumah Waktu Maghrib

Seusai isyak, ibu jumpa salah seorang ustaz di situ. Ramai ibu bapa datang bawak baby untuk jumpa dengan ustaz. Ustaz pakar dalam mengubat org dewasa dan kanak2. Bila tiba giliran umar, sebelum ibu sempat beritahu ustaz apa apa, ustaz ajukan beberapa soalan:

1) Dia (umar) asyik nak tdo je ke?

2) Bila masuk je waktu petang, badannya mula panas sampai ke malam?

3) Dia jadi macam pemalas?

4) Dia asyik merengek2 jika terjaga dari tdo?

5) Dia sekarang dah pandai meniti2 nak berjalan?

Ibu angguk. Semua yang ustaz tanya itu betul. Ustaz senyum tapi xberitahu ibu apa2. Ustaz teruskan baca ayat. Kata ustaz memang belikat kiri umar terseliuh. Tapi, ada "something" juga. Ustaz tanya ada bawa umar keluar waktu senja ke? Kata ibu, ada. Pergi Rembau cari durian. Bila selesai, ustaz nasihat beberapa perkara:

1) Bila maghrib jangan bagi anak kecil keluar rumah. Tahan anak, biar duk dalam rumah saja.

2) Tutup semua pintu2 dan tingkap2 bila menjelang maghrib. "Benda" tu suka masuk ikut tingkap pintu terbuka. 3)Sebelum tdo, bapa tolong bacakan ayat qursi sambil pegang ubun2 anak.

Ikhtiar Ibu Yang Paling Terbaik Untuk Umar

Ibu baba angguk. Alhamdulillah,Malam tu, Umar tdo dengan lena sekali. Bila bangun, alhamdulillah demam sudah kebah. Umar dah tak demam!! Allahuakbar..Umar juga semakin hari semakin aktif dan kembali kepada umar yang dahulu. Yang suka senyum, yang suka main, suka bercakap. Allahuakbar, ibu menangis melihat perubahan positif umar kerana ibu sangat rindukan gelak tawa umar.

Ibu tidak putus2 mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, umar sudah kembali pulih. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah la Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Maafkan ibu Umar kerana Umar demam semiggu. Sesungguhnya ketahuila ibu sudah ikhtiar yang terbaik untuk Umar. - Koleksi Viral

#alhamdulillahumarsudahpulih
#syukurYaAllah
#anakamanahAllahyangtakternilai

No comments

Powered by Blogger.