Header Ads

Cakap Saja Dengki, Dia Bukan Nak Menunjuk Tapi Nak Buktikan Anak Melayu Boleh Jadi Seperti Dia - Harris Hashim

Susulan berita gempar yang didedahkan oleh akhbar-akhbar terkenal di Malaysia tentang seorang Jutawan Muda yang dicekup baru-baru ini, kebanyakan netizen mengecam lelaki yang dilabel sebagai jutawan ciplak itu tetapi ada juga yang menyokongnya.


Walau apa sekalipun pendapat masing-masing, biarlah pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terperinci dan ketika berita ini sedang heboh diperkatakan, ada salah satu pandangan dan pendapat berkaitan King Afiq ini yang telah dikongsikan di media sosial.


Oleh: Hamdan Taha

Saya kenal Afiq ini secara dekat dan dia adalah teman baik anak saya, beliau berakhlak, berilmu, baik, cuma masih muda. Saya kecewa melihat akhbar Metro dan media membuat andaian bermacammacam terhadap Afiq.

Ini cara media memainkan isu ini, tidak membina persepsi yang baik tapi cuba membunuh semangat orang muda untuk berniaga dan berjaya. Kononnya beliau menjual dan raja barang tiruan dan macam-macam kata kata tak baik digunakan untuk menghina beliau.

Barang tiruan ini sudah ada puluhan tahun terutama di Petaling Street dan di Sunway Mall, di Amcorp Mall dan macam macam tempat di Malaysia ini menjual barang tiruan tapi Harian Metro dan mereka yang terlibat biarkan saja.

Afiq menjual secara online dan semua pembeli pun tahu itu barangan yang dibeli dari China. Pembeli tak kisah pun kerana mereka beli dengan harga yg sesuai tetapi bila pihak berkuasa ambil tindakan dan keluar pula Harian Metro macam macam komen yang tak baik. Sedangkan Lazada atau Ali Baba dan banyak lagi syarikat pun menjual berbagai barang tiruan juga tidak pulak kecoh.

Malah China pengeluar utama barangan tiruan rakan baik Malaysia. Tak kisah pun tapi anak muda yang berniaga secara baik dan berjaya itulah ygan diburu.

Apa pun Afiq pakcik bangga dengan kamu dan ini ujian kecil sahaja untuk kamu. Selamat maju jaya. Pesanan pakcik satu saja masyarakat kita masih tak boleh menerima kejayaan seseorang terutama anak muda Melayu. Ada syak di hati mereka kita ni jahat jual dadah, buat kerja tak betul dan sebagainya. Hati-hatilah, simpan kejayaan itu dari mata-mata yang jahat dan hasad dengki. Pakcik juga di masa muda melalui perkara yang sama.

No comments

Powered by Blogger.