Header Ads

Dua Pelajar Malaysia Telah Memenangi Pingat Emas Dalam Pertandingan Matematik Dunia 2017


Sekalung tahniah diucapkan untuk adik Najmi Asraaf Abdul Halim dan Jad Haris Sabaruddin kerana telah berjaya mengharumkan nama negara kita, Malaysia apabila memenangi pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia ke 14 2017 (WMC 2017) yang telah berlangsung di Manila, Filipina pada 22 hingga 23 April lalu.

Menerusi laporan yang dinyatakan laman Utusan Borneo Online, Najmi Asraaf Abdul Halim dan Jad Haris Sabaruddin yang merupakan pelajar tahun empat dan tahun enam dari Sekolah Kebangasaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan (SKADHAKH) dan Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (MATTARY).

Mereka mewakili pasukan dari negeri Sarawak telah menjadikan rakyat Malaysia buat julung kalinya yang telah memenangi pingat emas di kejohanan berprestij berkenaan.

Menurut adik jad, kemenangan yang dia perolehi adalah merupakan usaha serta pengorbanan secara berterusan tanpa jemu untuk mencapai impian. Dia memberitahu telah mendapat sokongan daripada kedua ibu bapanya selain semangat ingin terus berjuang tanpa kenal kalah, itulah yang menjadikan rahsia kejayaannya itu. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.