Header Ads

Gadis 14 Tahun Dirogol Oleh Kenalan Wechat Sehingga Mengandung Lima Bulan


KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan mengambil tindakan yang berani apabila keluar bersama seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya melalui aplikasi Wechat lalu dirogol yang menyebabkan dia mengandung.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Manir dan remaja berusia 14 tahun itu mengambil keputusan membuat laporan polis setelah dia gagal menghubungi lelaki berkenaan apabila didapati mengandung 5 bulan.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa telah dirogol oleh lelaki berkenaan sekitar bulan November tahun lalu, selepas mangsa bertindak dengan berani untuk berjumpa dengannya setelah lelaki terbabit mempelawanya.

Mangsa bersama lelaki yang dikenali menerusi Wechat itu dikatakan bersiar-siar di sekitar Taman Warisan semasa pertemuan tersebut. Pada ketika itu suspek datang mengambil mangsa dengan menggunakan motosikal.

Selepas puas menghabiskan masa bersama mangsa, suspek dikatakan membawa mangsa ke sebuah rumah di Manir dan menghantar remaja terbabit di tempat yang sama di mana suspek mengambilnya sebelum dirogol.

Menurutnya, suspek mula berubah sikap apabila cuba mengelak dan melarikan diri apabila langsung tidak menghubungi mangsa malah tidak mahu berjumpa dengan mangsa selepas kejadian itu berlaku.

Sumber berkata, mangsa terasa dirinya telah dianiaya serta seperti dipermainkan setelah mangsa disahkan mengandung lima bulan, lelaki terbabit cuba mengelakkan diri daripadanya lalu mangsa membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

Kes yang membabitkan seorang pelajar sekolah yang telah dirogol oleh kenalan Wechat ini akhirnya di dalam siasatan polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana didapati merogol. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.